Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan!

pen and paper[LucasTheExperience]

Sudah menjadi kebiasaan apabila tamatnya ujian terutamanya peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, maka timbullah pertanyaan seperti “bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2012?”.

Ya, memang saya ada mendapat soalan seperti ini yang diajukan terus kepada saya melalui ruangan komen dalam entri berkaitan tarikh keputusan UPSR 2011. Sepanjang UPSR 2012 berlangsung tempoh hari, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya melalui laman FB beliamuda {dot} com.

Berkaitan tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini, berkemungkinan besar ianya akan diumum sebelum bermulanya sesi cuti persekolahan 2012 pada 9 dan 10 November. Seperti tahun-tahun sudah, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis.

Saya menjangkakan keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 8 November yang juga merupakan hari Khamis terakhir persekolahan sesi tahun 2012. Namun, semua ini hanyalah telahan sahaja dan perlulah kita sama-sama menantikan penetapan rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan UPSR 2011 telah diumukan pada 17 November 2011 (hari Khamis terakhir persekolahan tahun 2011), manakala keputusan UPSR 2010 telah diumumkan pada 11 November 2010 (hari Khamis kedua terakhir persekolahan tahun 2010). Tarikh jatuhya Hari Raya Korban pada tahun ini mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi.

***
Kemaskini 3 November

Melihatkan kepada keadaan semasa yang sehingga kini belum ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh keputusan UPSR 2012, jangkaan awal saya nyata meleset. Kebiasaannya, pengumuman rasmi tarikh keputusan akan dibuat seminggu sebelum diumumkan.

Ditambah lagi dengan komen daripada Saidatul Huda yang menyatakan bahawa ada masalah teknikal yang melambatkan keputusan diumumkan. Sabarlah menanti!
***

Kesimpulannya, adik-adik Darjah 6 tak perlulah risau sangat mengenai tarikh keputusan UPSR diumumkan. Serahkan urusan ini kepada pemeriksa kertas UPSR 2012 dan pihak Kementerian Pelajaran.

beliamuda: Mungkin keputusan UPSR 2012 boleh disemakan melalui SMS seperti tahun lalu.

Comments

64 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?”

  1. adib afif Avatar

    saya berharap agar saya dapat 5a tahun ini atau 4a 1b untuk membanggakan keluarga saya…..

  2. adib afif Avatar

    amin moga-moga allah memberkati…

    1. beliamuda Avatar

      Ameen. Moga-moga.

  3. Zen Avatar
    Zen

    Haraplah mendapat keputusan upsr yg cemerlang 😉

  4. nur antasha Avatar
    nur antasha

    ya allah….tolong lah hamba mu ini yg ingin mncpai 5A dlm UPSR….aminnnnnnn….!!!!!!!alhamdulilah jika hambamu mndpt 5A….

  5. nur antasha Avatar
    nur antasha

    🙂

  6. atikah Avatar
    atikah

    saya harap saya dapat 5A UPSR . 5A UPS BAGI SAYA sudah dapat bahagiakan kedua – dua ibu bapa saya dan guru 2x. salam .

    1. atikah Avatar
      atikah

      saya harap saya dapat 5A UPSR . 5A UPSR bagi saya sudah dapat membahagiakan kedua – dua ibu bapa saya dan guru 2x .salam . ” YA ALLAH MINTAK 2x SAYA DAPAT 5A UPSR ” aaaaaaamin . bye salam .

  7. Angela Avatar
    Angela

    Saya harap agar boleh dapat 7A.

  8. makcik Avatar
    makcik

    makcik pun tak habis doa siang dan malam dari awal tahun lagi sampai lah ke saat-saat UPSR …..bagi seorang ibubapa hanya kejayaan anak dalam pelajaran dapat mengembirakan hati NAMUN kalau gagal dapat 5A bukan bermakna ibubapa nak bersedih sakan….ada lagi PMR dan SPM yg lebih mustahak dari itu …….apa sahaja makcik terima asalkan jangan gagal …..tapi biasalah kejayaan UPSR/PMR/SPM dah jadi kebiasaan sebagai lambang kejayaan anak dan juga ibubapa …..yg penting usaha sudah kita berdoa kepada ALLAH semoga ramai yang dapat 5A tahun ini …..

    1. beliamuda Avatar

      InsyaAllah, semoga dipermudahkan dan mendapat keputusan yang baik buat anak mak cik.

  9. norliza mohd ekram Avatar
    norliza mohd ekram

    harap-harap raden dapat 5a

  10. suganthi Avatar
    suganthi

    saya mesti mendapat 7a dalam upsr untuk membanggakan keluarga saya dan mengharumkan nama sekolah saya.saya mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan guru saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge