Salam sejahtera buat semua.
Pilih salah satu; kehilangan telefon bimbit tetapi masih ada nombor rakan-rakan atau kehilangan nombor telefon rakan-rakan keseluruhannya? Saya rasa ramai akan memilih untuk kehilangan telefon bimbit sahaja walaupun sekarang ni hilang henpon bermakna hilanglah nombor telefon rakan-rakan yang lain! Cuma sekarang ni kita lebih bernasib baik sebab cara perhubungan dengan rakan-rakan telah menjadi pelbagai.
Saya tidak pernah menyangka tragedi kehilangan nombor telefon rakan-rakan secara keseluruhan boleh terjadi kepada saya. Mungkin kerana saya yakin akan ada jalan lain untuk saya dapatkan semula nombor-nombor tersebut sama ada melalui sandaran (baca: backup) ataupun menghubungi mereka dengan cara yang lain (Facebook, Twitter atau emel).
Semalam, saya telah melakukan kesilapan paling besar iaitu memadam semua nombor telefon yang ada di dalam salah satu henpon saya iaitu Nokia X2-00 dengan sangkaan saya ada menyimpan salinan kesemua nombor tersebut. Ya, memang saya ada membuat salinan sebelum proses memadam dilakukan, namun apa yang saya tidak sedar ialah proses salinan tersebut hanya melibatkan nombor yang disimpan di dalam henpon, bukan pada simkad.
Bagaimana semua ini boleh terjadi?
Lewat tengah malam sehari sebelum kejadian, saya ada menerima satu mesej daripada nombor yang dirasakan familiar, tetapi tiada paparan nama yang keluar. Disebabkan pada waktu tersebut saya dalam keadaan mamai, saya tidak membuat semak silang dengan contact di HTC Desire S. Saya sekadar mendail nombor tersebut untuk melihat nama yang terpapar dengan andaian terdapat masalah pada henpon yang tidak dapat memaparkan nama dalam mesej.
Waktu berlalu dan saya terlupa akan mesej tersebut. Namun, semasa memadam mesej-mesej yang ada, saya perasan semula akan mesej ini. Saya rasa amat kenal dengan nombor ini, namun tidak dapat meneka sehinggalah saya membuat semakan semula. Agak mengejutkan, nombor telefon dengan nama tersebut telah dipadam oleh seseorang. Kerana menyangka masih ada lagi beberapa nombor lain yang mungkin turut dipadam, masa saya membuat proses pelarasan (baca: sync) salinan di laptop dengan menggunakan Nokia Suite.
Masalah Nombor Telefon Berlebihan dan Berganda
Sebaik selesai proses pelarasan dengan salinan dalam Nokia Suite, saya dapati banyak nombor lama yang telah dipadam kembali semula ke dalam henpon. Maka, ini menuntut saya untuk memadam kembali nombor-nombor ini untuk kemudahan. Untuk mudahkan kerja, saya pindah kesemua nombor di dalam memori henpon ke dalam simkad, namun ianya melebihi had yang boleh disimpan iaitu cuma 250 nombor sahaja.
Dengan sangkaan ada salinan yang serupa di dalam Nokia Suite, maka saya merasakan adalah tidak salah untuk saya memadam kesemua nombor yang ada (termasuk nombor yang telah berganda). Jadi, saya pindahkan kesemua nombor daripada simkad ke dalam memori henpon semula dan ini menjadikan tiada langsung nombor yang ada di dalam simkad.
Sebelum memadam kesemuanya, kod sekuriti perlu dimasukkan bagi mengesahkan proses pemadaman. Selepas proses disahkan, kesemua nombor berjaya dipadam, maka saya mulakan proses penyelarasan dengan Nokia Suite untuk memgembalikan semula nombor telefon ke dalam henpon.
Sebaik selesai proses pemindahan, saya perasan jumlah nombor telefon yang dipindahkan adalah terlalu sedikit (saya telah mengemaskini semula nombor-nombor yang disimpan di Nokia Suite dan di sinilah saya sedar banyak nombor rakan-rakan yang tiada).
Sudah terlambat untuk saya menyedari hal ini. Hanya redha sahajalah yang termampu untuk saya buat. Tak dapat terbayang betapa stressnya rasa pada waktu tersebut. Sepatutnya saya melakukan proses sandaran dan pelarasan terakhir semasa kesemua nombor telah berada dalam memori henpon. Selepas itu barulah saya tahu bahawa maklumat yang terdapat dalam simkad tidak dapat dipindahkan melalui Nokia Suite yang sebelum ini dikenali sebagai Ovi Suite.
Mendapatkan Semula Nombor Rakan-Rakan Terdekat
Selain menerima dengan hati terbuka apa yang telah terjadi, saya hanya mampu meminta kembali nombor-nombor daripada rakan-rakan yang boleh dihubungi terus melalui GTalk yang kebanyakannya adalah rakan di UTP. Mana-mana rakan sekelas yang berada dalam talian pada waktu tersebut menerima mesej saya yang meminta kembali nombor mereka.
Salam
Mohon nombor telefon anda untuk disimpan di dalam senarai contact…
Ada yang memberi nombor telefon tanpa banyak bertanya, tak kurang juga yang bertanya apa yang telah terjadi dan ada juga yang berjenaka sambil memberikan nombor masing-masing. Terima kasih kerana sudi untuk menghulurkan nombor telefon masing-masing.
Mana-mana rakan yang tidak berada dalam talian pada waktu tersebut, nombor anda mungkin tiada dalam simpanan (kecuali nombor yang masih tersimpan dalam log, lengkap dengan nama). Maka, jika terdapat pertanyaan siapakah yang menghantar mesej atau membuat panggilan tersebut, harap korang tidak berkecil hati.
Kesimpulan daripada kejadian ini, pastikan salinan nombor telefon betul-betul disimpan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dengan membuat semakan secara rambang, dapat juga saya mengenal pasti adakah semua nombor telah disalin ataupun tidak. Diharap rakan-rakan juga memahami sedikit sebanyak perkara sebenar yang telah terjadi.
beliamuda: Ada tiga nombor yang dipadam, tetapi saya hanya sempat mengenal pasti satu nombor sahaja.
nasib baik dok delete senarai nama yg berhutang haha
hazwan´s last blog about ..Suatu Masa
@hazwan, kalau terpadam jugak, terpaksalah ingat setakat yang boleh je.
panjangnya entri,
Safwan Seth´s last blog about ..Tutup Aurat ke Bungkus Aurat?
Ai tak faham langsung bodoh cakap biar ikhlas