Category: Gajet dan Teknologi

  • Telefon Pintar Pertama: HTC Desire S

    Salam sejahtera buat semua.

    HTC Desire S

    27 April 2011 merupakan hari pertama saya menggunakan sebuah telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone. Ianya adalah HTC Desire S yang telah diberikan oleh pihak Maxis untuk Maxis10 Reviewers Programme. Pada waktu tersebut, saya terpilih untuk edisi kali ke-11 dan juga yang terakhir diadakan oleh pihak Maxis.

    Dalam tempoh dua minggu, saya diberikan tugasan untuk review smartphone tersebut dan tugasan yang paling mencabar adalah untuk membuat rakaman video berkenaan fungsi HTC Sense. Sebaik sahaja berakhirnya tempoh review tersebut, saya telah diberitahu bahawa ianya menjadi milik saya.

  • Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia

    Salam sejahtera buat semua.

    Samsung Galaxy Note II

    Mesej di Facebook sendikit rancak hari ni walaupun tuan badan demam apabila seorang rakan yang menggunakan iPhone 4S bertanyakan tentang harga Samsung Galaxy Note. Kebetulan juga Samsung Galaxy Note 2 dilancarkan pada hari ini dan bakal dijual di Malaysia pada 19 Oktober nanti.

    Mengambil petikan daripada blog Amanz, “Samsung Galaxy Note 2 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, bateri berkapasiti 3100 mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean padanya.”

    (more…)