Tag: telefon bimbit

  • Tragedi Kehilangan Nombor Telefon Rakan-Rakan

    Salam sejahtera buat semua.

    Tragedi Kehilangan Nombor Telefon Rakan-Rakan

    Pilih salah satu; kehilangan telefon bimbit tetapi masih ada nombor rakan-rakan atau kehilangan nombor telefon rakan-rakan keseluruhannya? Saya rasa ramai akan memilih untuk kehilangan telefon bimbit sahaja walaupun sekarang ni hilang henpon bermakna hilanglah nombor telefon rakan-rakan yang lain! Cuma sekarang ni kita lebih bernasib baik sebab cara perhubungan dengan rakan-rakan telah menjadi pelbagai.

    Saya tidak pernah menyangka tragedi kehilangan nombor telefon rakan-rakan secara keseluruhan boleh terjadi kepada saya. Mungkin kerana saya yakin akan ada jalan lain untuk saya dapatkan semula nombor-nombor tersebut sama ada melalui sandaran (baca: backup) ataupun menghubungi mereka dengan cara yang lain (Facebook, Twitter atau emel).

    (more…)

  • HTC Desire S: Kualiti Gambar dengan Kamera 5MP

    Salam sejahtera buat semua.

    Banner Kamera HTC Desire S

    Salah satu ciri yang saya nilai semasa memilh telefon bimbit untuk saya gunakan ialah kamera. Sebabnya, saya tiada kamera khas untuk digunakan bagi menangkap gambar. Jadi, sebuah henpon yang mempunyai kamera yang baik akan menjadi pilihan saya.

    Sekarang ni, henpon yang mempunyai kamera 5 megapixel (MP) ke atas sudah boleh didapati pada harga dibawah RM400 (contohnya Nokia X2 yang saya gunakan). Bagi peranti HTC Desire S pula, kamera yang dilengkapi adalah 5MP dengan kebolehan autofokus (AF).

    (more…)