Tag: simkad

  • SIM Kad Biru Lama Dalam Henpon

    Salam sejahtera buat semua.

    Dah lama tak keluarkan simkad biru ni...

    Entah berapa lama dah SIM kad biru ni kali terakhir dibawa keluar dari Nokia X2-00.

    SIM kad biru ni akhirnya terpaksa dibawa keluar juga petang tadi. Bukan sebab nak tukar ke henpon baru, tapi ada rakan sekerja nak guna henpon untuk urusan kerja.

    (more…)

  • Tragedi Kehilangan Nombor Telefon Rakan-Rakan

    Salam sejahtera buat semua.

    Tragedi Kehilangan Nombor Telefon Rakan-Rakan

    Pilih salah satu; kehilangan telefon bimbit tetapi masih ada nombor rakan-rakan atau kehilangan nombor telefon rakan-rakan keseluruhannya? Saya rasa ramai akan memilih untuk kehilangan telefon bimbit sahaja walaupun sekarang ni hilang henpon bermakna hilanglah nombor telefon rakan-rakan yang lain! Cuma sekarang ni kita lebih bernasib baik sebab cara perhubungan dengan rakan-rakan telah menjadi pelbagai.

    Saya tidak pernah menyangka tragedi kehilangan nombor telefon rakan-rakan secara keseluruhan boleh terjadi kepada saya. Mungkin kerana saya yakin akan ada jalan lain untuk saya dapatkan semula nombor-nombor tersebut sama ada melalui sandaran (baca: backup) ataupun menghubungi mereka dengan cara yang lain (Facebook, Twitter atau emel).

    (more…)