Salam sejahtera buat semua.
Sedikit kemaskini berkenaan perancangan perjalanan kembali ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada hari ini sebagai tanda berakhirnya cuti raya untuk meneruskan sisa semester Mei 2011 dengan menduduki peperiksaan akhir.
Agak lama juga bercuti kali ini kerana dapat kembali awal iaitu pada hari Khamis minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri yang sekaligus mengelak daripada terlibat dalam kesesakan jalan raya.
Walaupun cuti sebenarnya sudah berakhir lebih awal, tetapi disebabkan kertas peperiksaan yang perlu diambil jatuh pada hari Jumaat nanti, maka cuti boleh disambung sambil mengelakkan kesesakan lalu lintas, sekali lagi.