Membuat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun

Salam sejahtera buat semua.

Kad Pengenalan Mr Bean

Pada 11 September 2011 tempoh hari, genaplah umur adik bongsu saya 12 tahun. Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Jadi, setelah genap umur 12 tahun adik saya perlulah mendaftar untuk Kad Pengenalannya.

Tempoh hari, saya terlupa sebenarnya untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada dia dan terlepas untuk mengucapkan selamat berjaya sebelum dia menduduki UPSR 2011. Double loser! Jadi, apabila saya menelefon ke rumah sebelum pulang dua hari lalu, adik tak sabar-sabar menunggu kepulangan saya kerana ingin menuntut hadiahnya. >_<

Apabila Ulat Bulu Menyerang, Kulit yang Gatal Terasa Sedap Digaru!

Salam sejahtera buat semua.

Ulat bulu penyebab gatal

Geli tak korang tengok ulat bulu ni? Mungkin ada yang geli dan ada juga yang rasa takut. Bayangkanlah ulat bulu ni tengah merayap kat atas badan korang, tanpa korang sedar. Geli amat la kot.

Untuk pengetahuan korang, ulat bulu ni la yang telah merayap tanpa segan silu kat atas tengkuk saya (bahagian belakang) tanpa disedari. Tahu-tahu je dah rasa gatal. Tangan asyik gosok dan garu je.

Sekali tu, entah macam mana boleh terpegang ulat bulu tu dan melekat kat tangan. Terus je buang kat atas meja. Rasa geli je bila fikir ada ulat bulu sedang merayap kat atas tengkuk tu. Tak tahan wei… (ni bukan kes ulat bulu dah naik daun…)

Continue reading