Salam sejahtera buat semua.
Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar a.k.a Penaberkala untuk menghadiri satu acara yang saya sendiri kurang jelas pengisiannya. Ianya dianjurkan oleh Samsung khas untuk pengguna Galaxy S2.
Berlepas dari stesen KTM Batu Gajah pada 5.40 pagi dengan menaiki ETS, kami tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.50 pagi. Sekarang ni baru sahaja selesai bersarapan di McDonald’s.
Mungkin kami akan meluangkan masa di sini sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Kami akan menaiki LRT ke Ampang Park kerana lokasi acara berdekatan dengan situ.
Setakat ini sahaja untuk kali ini. Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan wifi McD.
beliamuda: Masih lagi mengantuk…
Berada di Kuala Lumpur dengan Penaberkala
Comments
4 responses to “Berada di Kuala Lumpur dengan Penaberkala”
-
wifi Mc D je.. Mc D mane tue…??
-
@Bro Framestone, McD kat KL Sentral bro. Kebetulan baru sampai, singgah sarapan dulu.
-
-
McD KL Sentral,haha
-
[…] lahirnya. Cuma pada hari tersebut saya sedikit sibuk kerana sejak awal pagi lagi telah bergerak ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar dan hanya kembali semula ke UTP lewat tengah […]
Leave a Reply