Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM dan Setaraf ke IPTA Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Mulai 15 September 2011, pelajar lepasan STPM dan setaraf (matrikulasi) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan e-Rayuan.

Semakan Keputusan e-Rayuan IPTA

Semakan e-Rayuan secara online

Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan bagi lepasan STPM dan setaraf ke IPTA sesi 2011/2012 boleh dilakukan secara dalam talian (baca: online) melalui laman web berikut:

Atau membuka terus portal UPU.

Semakan e-Rayuan secara SMS

Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan IPTA sesi 2011/2012 juga boleh dilakukan secara SMS menggunakan format berikut;

UPU<jarak>RESULT<jarak>NO.KP dan hantar ke 15888

Semakan e-Rayuan di laman web IPTA

Semakan keputusan bagi permohonan e-Rayuan IPTA sesi 2011/2012 juga boleh dilakukan di laman web IPTA-IPTA berikut:

Semasa entri ini ditulis, pautan UNiSZA dan UniMAP sahaja yang tidak dapat diakses. Laman web IPTA yang lain dapat diakses seperti biasa. Adalah dimaklumkan juga semakan di laman web universiti boleh dilakukan bermula sama ada pada 16 atau 17 September seperti yang diberitahu di laman tersebut.

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767 atau Helpline 03 8870 6777 atau talian am 03 8870 6755 / 6766 atau faks 03 8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my

Anda juga boleh menyemak di entri e-Rayuan IPTA 2010 sebagai rujukan.

Pemilihan rayuan ini dilakukan bagi mengisi kekosongan yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 30 September 2011, maka rayuan dianggap gagal.

beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya dengan permohonan e-Rayuan bagi lepasan STPM dan setaraf untuk IPTA 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge