Alkisah Kursus Pra-Perkahwinan dan Boxbe

Salam sejahtera buat semua.

Kursus Kahwin

Hari Rabu lepas, saya melepaskan gambar yang mengisahkan saya berada dalam dilema. Dilema untuk memilih antara dua. Akhirnya, pilihan telah berjaya dibuat walaupun merasa kesal atas ketidakupayaan sesetengah pihak dalam melaksanakan urusan dengan lebih profesional.

Jujur, memang setiap kali terlihat pasal poster Kursus Pra-Perkahiwnan sebelum ni, memang terdetik rasa hati untuk turut serta. Lagipun, dengan kos yang lebih rendah berbanding di luar, ianya satu peluang yang tak patut dilepaskan. Kalau sebelum ni agak segan nak masuk sebab masih terlalu awal, tapi kini dah berada di Tahun Akhir pengajian ianya tidak dirasakan terlalu awal lagi.

Peluang untuk menyertai kursus ini sekali lagi hadir apabila sebaran mengenainya dihebahkan melalui emel. Kali ini, saya bercadang untuk pergi bersama-sama dengan rumet (bukan dengan pasangan ya). Rumet pun bersetuju untuk turut serta. Lagipun, memang dia selalu sahaja mengikuti saya. >_<

Menghantar borang penyertaan

Semangat juga mengisi borang dengan harapan dapat menyertai sebab jumlah peserta terhad kepada 100 orang sahaja. Siap tanya lagi dalam borang tu macam mana nak menyelesaikan urusan pembayaran sebab ianya tidak dinyatakan dengan jelas dalam hebahan tersebut.

Pen & Writing

Sebaik sahaja borang telah lengkap diisi dengan maklumat dan salinan kad pengenalan yang diminta, terus sahaja saya menghantar ke alamat emel yang diberikan. Balasan segera daripada emel tersebut diterima, tetapi bukan daripada tuan punya emel.

Sebaliknya, balasan emel yang diterima adalah respon daripada Boxbe (sistem tapisan emel bodoh yang tak patut digunakan). Dalam emel balasan tersebut, tertulis dengan jelas di situ;

Your message about “Kursus Pra-Perkahwinan” was waitlisted

Please add yourself to my Guest List so your messages will be delivered to my Inbox.  Use the link below.

Serius, bila terbaca mesej macam ni dalam emel tu, harapan untuk ke kursus kahwin tu terus separuh hilang. Hati dah jadi tawar, walaupun tetap juga berharap kalau-kalau ada balasan daripada penganjur untuk menyatakan borang penyertaan telah pun diterima dengan jayannya.

Tanpa sebarang pengesahan, segalanya berlalu begitu sahaja sehinggalah seorang kawan mengajak ke Pesta Durian Perak di Dataran Long Jaafar. Oleh kerana tiada pengesahan daripada pihak penganjur, maka keputusan telah dibuat untuk ke sana di samping beberapa orang rakan-rakan yang berharap untuk saya turut serta dalam pesta durian tersebut.

Pihak penganjur menghubungi semula

Setelah beberapa hari berlalu sejak emel penyertaan dihantar kepada pihak penganjur, saya ada menerima satu mesej yang memaklumkan pihak penganjur ada membuka kaunter untuk pembayaran yuran penyertaan kursus tersebut. Mesej diterima di awal pagi hari Rabu (sekitar pukul 1 pagi).

Texting

Sebaik sahaja terbaca mesej tersebut, segalanya mula berbelah bagi. Mahu pergi atau tidak? Namun, bila difikirkan balik harapan untuk ke Pesta Durian Perak yang telah diberikan kepada rakan-rakan, saya memilih untuk tidak ke kursus perkahwinan ini.

Saya menerima satu lagi mesej selepas tamat tempoh pembayaran dengan pertanyaan bilakah saya mahu membayar yuran penyertaan tersebut. Di bawah adalah mesej balasan saya kepada mereka:

Wasalam. Selepas menghantar emel kepada penama seperti dalam sebaran, saya dapat balasan daripada boxbe mengatakan emel waitlisting. Jadi saya anggap emel tersebut tidak pernah sampai dan telah tawar hati untuk turut serta.

Walaupun mereka membalas satu lagi mesej sebagai respon kepada mesej saya, saya memilih untuk berdiam diri sahaja. Selang sehari, mereka menghubungi saya pula untuk bertanya secara terus dan jawapan saya muktamad, saya tidak akan menghadiri kursus tersebut. Kalau mereka berbuat begini sebaik menerima emel penyertaan saya, situasi pastinya berbeza. Kini, ianya sudah terlambat.

Kenapa masalah sangat kalau lambat respon?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang payah sangat? Tolong faham satu benda. Aktiviti seseorang terutamanya saya bukan dibuat tanpa perancangan. Kalau saya dah merancang untuk melakukan sesuatu dan hanya kerana alasan yang mudah ianya tergendala, mood saya dah rosak untuk turut serta.

Time Clock

Saya merancang apa yang perlu saya buat. Banyak lagi tugasan dan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan. Apabila ada perubahan, saya akan menyusun semula. Dengan apa yang telah terjadi, saya sedikit sebanyak terkilan dengan sikap penganjur dan tawar hati untuk turut serta dalam kursus kahwin ni.

Diharap, ambillah iktibar daripada situasi yang telah saya alami ni. Kalau saya tak sibuk sangat sampai bosan tiada apa yang boleh dibuat di hujung minggu, mahu tak mahu saya akan bertoleransi dengan situasi di atas. Jangan disebabkan masalah kecil macam ni, orang pandang jelek diatas pengurusan yang tidak cekap. Selamat bekerja dan selamat beramal.

Sila klik gambar bagi ke sumber asal.

beliamuda: Janji jika tidak dikota, maknanya tergolong dalam kalangan orang munafik.

8 thoughts on “Alkisah Kursus Pra-Perkahwinan dan Boxbe

    • @eyra, kan? nak je cakap kat diorang, stop la guna Boxbe tu. Menyakitkan hati orang lain je. Kalau tengok review pasal Boxbe pun, bukan bagus pun benda tu.

  1. Betul tu, “janji jika tidak dikota, maknanya tergolong dalam kalangan orang munafik.”
    sabar je la, nanti masuk kursus lain. klau kt usm ada wat kursus ni, ak bgitau ek. :D
    Azah´s last blog about ..Dipatuk UlarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge