Suasana Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar

Salam sejahtera buat semua.

Suasana Pesta Durian Perak 2011

Semacam terlewat untuk mengemaskini blog dengan entri Pesta Durian Perak 2011 yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2011 yang lalu di Dataran Long Jaafar. Namun, persetankan sahaja semua itu kerana tiada benda lain yang boleh mengisi beliamuda {dot} com buat masa ini.

Sebaik sahaja habis Pesta Durian Perak 2011, saya ada menyebutkan untuk menceritakan sedikit sebanyak suasana di sekitar majlis tersebut. Maka, inilah dia entri sebagai memenuhi kata-kata saya tersebut. Pada asalnya, saya berada dalam dilema untuk membuat keputusan sama ada untuk ke pesta durian ini atau tidak.

Continue reading

Mumble-less Monday #7: Pesta Durian Perak 2011

Salam sejahtera buat semua.

Pesta Durian Perak 2011

Akhirnya, tercapai jugak hajat untuk menjejakkan kaki ke Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang. Perjalanan yang menarik pada hari tersebut daripada Tronoh ke Bukit Gantang ke Kuala Sepetang ke Taiping dan akhirnya pulang semula ke Tronoh.

Continue reading

Alkisah Kursus Pra-Perkahwinan dan Boxbe

Salam sejahtera buat semua.

Kursus Kahwin

Hari Rabu lepas, saya melepaskan gambar yang mengisahkan saya berada dalam dilema. Dilema untuk memilih antara dua. Akhirnya, pilihan telah berjaya dibuat walaupun merasa kesal atas ketidakupayaan sesetengah pihak dalam melaksanakan urusan dengan lebih profesional.

Jujur, memang setiap kali terlihat pasal poster Kursus Pra-Perkahiwnan sebelum ni, memang terdetik rasa hati untuk turut serta. Lagipun, dengan kos yang lebih rendah berbanding di luar, ianya satu peluang yang tak patut dilepaskan. Kalau sebelum ni agak segan nak masuk sebab masih terlalu awal, tapi kini dah berada di Tahun Akhir pengajian ianya tidak dirasakan terlalu awal lagi.