Puisi Unggun Bersih oleh A. Samad Said (Audio dan Video)

Salam sejahtera buat semua.

Unggun Bersih A. Samad Said

Tempoh hari saya telah kongsikan pengalaman saya bertembung dengan kumpulan berbaju merah yang disangka Patriot. Kali ini, saya ingin kongsikan pula dengan anda semua puisi Unggun Bersih hasil karya A. Samad Said.

Audio bagi puisi Unggun Bersih yang dideklamasikan sendiri oleh A. Samad Said sambil diiringi muzik oleh Az Samad ini boleh didengar secara dalam talian di SoundCloud, namun terdapat had untuk muat turun.

Oleh kerana saya telah berjaya memuat turun fail audio mp3 Unggun Bersih tersebut, saya telah memuat naik ke laman perkongsian fail untuk memudahkan mereka yang berminat untuk mendapatkan deklasmasi Unggun Bersih tersebut.

Puisi Unggun Bersih oleh A. Samad Said

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Audio mp3 deklamasi puisi Unggun Bersih boleh dimuat turun daripada laman MediaFire. Versi video deklamasi Unggun Bersih seperti di atas juga boleh dimuat turun untuk simpanan anda daripada MediaFire.

 

beliamuda: Sebarang masalah untuk proses download mp3 Unggun Bersih boleh diajukan dalam komen di bawah. Sekian, terima kasih.

Comments

10 responses to “Puisi Unggun Bersih oleh A. Samad Said (Audio dan Video)”

  1. Saudagar Rokok Avatar

    Pak Samd.Sasterawan Old tai….

  2. penaberkala Avatar

    sempat download arituh
    simpan dalam koleksi
    nice poem

  3. muhammad fakhruddin Avatar

    Pabila puisi jadi senjata…sungguh makan dalam.

    1. beliamuda Avatar

      @muhammad fakhruddin, mata pena pun boleh jadi senjata yang cukup menusuk.

  4. Ar Rayah World News Avatar

    arrayah.info – Analisis di antara KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0

  5. algojo Avatar
    algojo

    Tak dapat nak download di mediafire.boleh tolong send tak karya masterpiece Pak Samad Sasterawan Rakyat kat email saya.Sekian terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @algojo, boleh je nak sent. emel yang ni ke?

  6. faizul Avatar
    faizul

    tlg hntar kt email boleh?xboleh nk download

    1. beliamuda Avatar

      @faizul, dah cuba di link mediafire yang diberi? Kalau masih tak boleh, saya akan hantar nanti.

      1. Rahimi Avatar

        @beliamuda,
        Kian hari usianya kian dimamah usia. Andainya dia pergi… siapakah pengganti perjuangan seni beesenjatakan lidah ini? Adakah penggantinya sehebat dan seberani beliau?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge