Tag: Bersih 2.0

  • Perhimpunan BERSIH 2.0: Ikuti Status Terkini Secara Online

    Salam sejahtera buat semua.

    bersih2.0

    Detik 9 Julai 2011 akhirnya tiba iaitu hari yang dirangcangkan untuk perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan. Sejak tengah malam tadi lagi beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak berkuasa seperti penutupan beberapa jalan di Kuala Lumpur.

    Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan agak lengang berbanding keadaan biasa di hujung minggu. Mungkin lebih ramai penduduk sekitar yang memilih untuk berada di rumah sahaja. Namun, ada juga yang terpaksa memasuki pusat bandar kerana bekerja atau untuk mempunyai urusan di sana.

  • Perhimpunan BERSIH 2.0: Jalan yang Ditutup di Kuala Lumpur pada 9 Julai

    Salam sejahtera buat semua.

    Dataran Merdeka

    Berikutan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung pada esok hari iaitu 9 Julai 2011, pihak polis telah mengeluarkan senarai jalan di Kuala Lumpur yang akan ditutup dan dilencongkan. Penutupan dan lencongan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku esok hari.

    Penutupan dan lencongan jalan-jalan di Kuala Lumpur tersebut akan bermula pada 12:01 tengah malam, 9 Julai 2011. Pihak polis telah pun menasihati orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di kawasan pusat bandar agar tidak memasuki kawasan tersebut esok.

    (more…)