Salam sejahtera buat semua.
1. Semakin menghampiri ke 9 Julai 2011 iaitu hari perarakan oleh kumpulan Bersih 2.0, semakin hangat isu berkaitan yang timbul di serata negara. Tidak kurang juga pasukan Patriot yang akan turut serta pada hari yang sama, tapi tujuan mereka saya kurang pasti.
2. Semalam, saya terserempak dengan sekumpulan geng baju merah dengan menaiki motor yang singgah di stesen minyak Petronas Taman Maju. Agak ramai juga mereka. Jadi, saya anggap mungkin mereka ini berkonvoi ramai-ramai. Telahan awal, mereka pelajar UiTM Seri Iskandar.
3. Semakin saya menghampiri mereka yang agak ramai berbaris memasuki jalan ke stesen minyak Petronas, saya memperlahankan kenderaan kerana mereka bergerak menghalangi laluan saya. Kemudian, sebahagian daripada mereka berhenti dan saya ternampak ada polis menaiki motorsikal yang berkemungkinan mengiringi mereka.
4. Walaupun saya tidak perasan tulisan apakah yang terpampang di baju mereka, tetapi berkemungkinan mereka ini adalah pasukat Patriot daripada Pemuda UMNO. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti tetapi mungkin ada kebenarannya.
5. Apakah tujuan asal mereka berkonvoi beramai-ramai dan kemanakah arah tujuan mereka, tidaklah saya ketahui. Nasib baik kereta saya berwarna biru dan saya tidak memakai baju warna kuning semalam. Apa kaitannya, saya pun tak tahu.
6. Fikir saya, kuning dan merah tidak boleh bertembung sekarang ni. Pantang bertemu, mungkin gelanggang balah akan dibuka.
beliamuda: Kalau pakai warna kuning, polis tahan. Kalau pakai warna merah, polis iring. Ini kesimpulan pemerhatian saya semalam. Logik semata-mata. Jangan tuduh saya bias. Kereta saya warna biru ya.
selamat keto mu warna biru… wakaka!
Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Sapere Aude
@Faris Al-Muhandisu, ada kisah kenapa kereta Viva ni diambil wanrna biru sebenarnya. Semuanya sebab politik.
motor aku warna hitam?..so?..haha
atromen´s last blog about ..Pentas jiwa
@atromen, motor aku pun warna biru.heh.
serol´s last blog about ..Jom Cashout earning dari churpchurp
@serol, habiss rrr..kalau motor ko masuk kl, kena calar..muahaha
atromen´s last blog about ..Pentas jiwa
@atromen, motor aku warna kuning.. hehe
Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Sapere Aude
@Faris Al-Muhandisu, yang penting motor harus bersih. hehe.
@atromen, motor warna hitam cepat panas.
betul jugak tu
warna hitam kalau dua warna ni bercampur
wazy´s last blog about ..Penghayatan Dan Renungan Sempena Israk Mikraj
Hohoho…
Semakin hangat…
kalo bola…mcm perak jumpa kelantan la..
baru2 ni kalah 1-0 ngan kelantan…
hehe…
BERSIH2….cam something yg besar akan berlaku ni…
urm (^_^)
@Nashunter, makin hangat bila dah makin dekat ni. mendebarkan.
Patutnya BERSIH 2.0 vs Patriot 1.0 hehehehe…apa pun tak boleh 😉
muhammad fakhruddin´s last blog about ..Enaknya Karipap-Karipap Cinta
emm..kita tunggu dan lihat ek..apa akan jadi..
sayacomel´s last blog about ..Comel Nakal – Kecik-kecik dah pandai skodeng ye..
Pingback: Puisi Unggun Bersih oleh A. Samad Said (Audio dan Video) | beliamuda {dot} com
masing2 menganggap mereka betul..
motor aku kaler hitam.. apehal la skrg ni nak fobia warna plak..tipikal politik..
Izwan´s last blog about ..SEO Contest – Tip Blogging Terbaik