Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Siapa kat sini yang tidak tidur semata-mata untuk menyaksikan sendiri gerhana bulan yang berlaku awal pagi tadi? Cuaca di sini (Universiti Teknologi PETRONAS – UTP) yang hujan dan diliputi awan menjadikan suasana lebih mengulit untuk tidur.

Walapun dah kunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi, saya bangun sekadar untuk tutup loceng jam sahaja, Hehe. Namun, keadaan cuaca yang hujan di UTP tidak menghalang untuk beberapa orang rakan saya menikmati gerhana bulan penuh yang terjadi.

Menurut Faris, dia dapat menyaksikan fenomena gerhana tersebut. Seorang lagi rakan berjaya merakam siri gambar sepanjang gerhana bulan terjadi awal pagi tadi. Saksikan gambar-gambar yang dirakam oleh beliau tersebut.

 

Gambar Gerhana Bulan Penuh

Gambar Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Ada lagi dua keping siri gambar gerhana bulan yang dirakam oleh beliau. Untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila ke blog Nasrullah. Minta izin sekeping gambar ni ya. >_<

beliamuda: Google pun ada mengeluarkan doodle simulasi gerhana bulan dan ada live streaming di Youtube Channel Google.

Comments

8 responses to “Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011”

  1. penaberkala Avatar

    terbaik la nash
    siap ada siri lagi

    subhanallah, menarik sungguh

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, tu pasal. sanggup tu tak tidur dan ambil gambar gerhana ni. memang menarik.

  2. Jazmi Avatar

    Waahh! Teringin sgt nak tengok.
    Tp pg tu buat keje smpai xsedar dah terlepas waktu gerhana. Huhu~

    1. beliamuda Avatar

      @Jazmi, ok la kalau buat kerja. saya tidur je. huhu.

  3. PrincessHafizah Avatar

    salam…agak kecewa tak dapat saksikan sendiri. tapi alhamdulillah, ada orang sudi berkongsi gmbar2 gerhana yang berlaku.. =)

    1. beliamuda Avatar

      @PrincessHafizah, wasalam. saya sendiri tak dapat nak saksikan kejadian gerhana yang berlaku ni. kebetulan ada seorang rakan sekelas yang sanggup tak tidur malam untuk tangkap gambar ni, jadi apa salahnya kalau saya kongsikan hasilnya denagn orang lain dengan kebenaran dia.

  4. puteri amaliya Avatar
    puteri amaliya

    @beliamuda, sy pun nak tgok . tp kena tidurr . hahahahahahaahah-_-

    1. beliamuda Avatar

      @puteri amaliya, sabor je la. takleh tengok live, tengok yang orang ambil pun jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge