Salam sejahtera buat semua.
Siapa kat sini yang tidak tidur semata-mata untuk menyaksikan sendiri gerhana bulan yang berlaku awal pagi tadi? Cuaca di sini (Universiti Teknologi PETRONAS – UTP) yang hujan dan diliputi awan menjadikan suasana lebih mengulit untuk tidur.
Walapun dah kunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi, saya bangun sekadar untuk tutup loceng jam sahaja, Hehe. Namun, keadaan cuaca yang hujan di UTP tidak menghalang untuk beberapa orang rakan saya menikmati gerhana bulan penuh yang terjadi.
Menurut Faris, dia dapat menyaksikan fenomena gerhana tersebut. Seorang lagi rakan berjaya merakam siri gambar sepanjang gerhana bulan terjadi awal pagi tadi. Saksikan gambar-gambar yang dirakam oleh beliau tersebut.