Tazkirah Maghrib Ustaz Azhar Idrus dan Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Salam sejahtera buat semua.

Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus Surau An-Nuriyah

Dua peristiwa menarik yang berlaku semalam ialah berpeluang untuk mendengar tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan memerhatikan gerhana bulan penuh semasa fasa gerhana penuh, kebetulan selepas berakhirnya majlis.

Tazkirah Maghrib semalam diadakan di Surau An-Nuriyah, Taman Meru, Jelapang, Ipoh, Perak. Mengikut perancangan asal majlis, ceramah perdana (seperti yang disebutkan oleh penganjur) akan diadakan di kawasan luar surau. Khemah-khemah telah pun tersedia.

Continue reading

Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Siapa kat sini yang tidak tidur semata-mata untuk menyaksikan sendiri gerhana bulan yang berlaku awal pagi tadi? Cuaca di sini (Universiti Teknologi PETRONAS – UTP) yang hujan dan diliputi awan menjadikan suasana lebih mengulit untuk tidur.

Walapun dah kunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi, saya bangun sekadar untuk tutup loceng jam sahaja, Hehe. Namun, keadaan cuaca yang hujan di UTP tidak menghalang untuk beberapa orang rakan saya menikmati gerhana bulan penuh yang terjadi.

Menurut Faris, dia dapat menyaksikan fenomena gerhana tersebut. Seorang lagi rakan berjaya merakam siri gambar sepanjang gerhana bulan terjadi awal pagi tadi. Saksikan gambar-gambar yang dirakam oleh beliau tersebut.

Continue reading