HTC Desire S: Hilangkan Bosan dengan Pelbagai Aplikasi Permainan

Salam sejahtera buat semua.

desires-cap32 desires-cap34

Sebelum ni saya menulis mengenai aplikasi android yang wajib ada dalam HTC Desire S. Mungkin ada yang menimbulkan persoalan yang sesetengah aplikasi tersebut memang telah sedia (baca: pre-installed). Aplikasi sedia ada ni memang tidak boleh dibuang begitu sahaja (tiada fungsi buang secara terus seperti aplikasi yang dipasang sendiri).

Kali ini kita tengok pula beberapa aplikasi permainan yang saya pilih untuk dimainkan di dalam HTC Desire S. Aplikasi yang dipaparkan adalah percuma (muat turun je). Bergantung kepada minat masing-masing, anda boleh pilih daripada pelbagai genre permainan yang ada daripada Android Market.

Pilihan yang dipaparkan di sini adalah permainan yang saya sendiri telah cuba dan mainkan dalam HTC Desire S.

 

Angry Bird

desires-cap55 desires-cap54

desires-cap53 desires-cap52

Tak sah kalau aplikasi permainan paling popular ni tiada dalam peranti telefon pintar. Tersedia secara percuma di Android Market, kita hanya perlu memuat turun dan memasang ke dalam peranti android dan selepas itu anda boleh bermain sehingga puas.

Bukan setakat versi biasa Angry Bird, versi Angry Bird Rio dan Angry Bird Season juga boleh dimainkan dalam peranti HTC Desire S.

desires-cap51 desires-cap48

desires-cap59 desires-cap56

 

Bubble Blast II

desires-cap40 desires-cap39 desires-cap37

Bubble Blast II, salah permainan dalam genre brain & puzzle, merupakan satu permainan yang memerlukan anda berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Buih merah akan meletup dengan sekali serangan (atau touches), manakala hijau dengan dua kali, kuning sebanyak tiga kali dan biru sebanyak empat kali. Anda perlu bijak merangka giliran buih manakah yang perlu diletupkan terlebih dahulu.

Dalam mod puzzle, anda diberikan bilangan touches yang akan menghadkan bilangan gerakan yang boleh dilakukan. Jadi, anda kena bijak merangka buih manakah yang perlu diletupkan dahulu. Jika anda buntu, ada boleh meminta pembayang (baca: hint) yang memerlukan sambungan Internet dan hanya boleh diminta sekali sahaja dalam tempoh 24 jam.

Dalam mod arcade, anda tiada had bilangan gerakan, namun anda perlu bijak untuk mendapatkan markah yang tinggi dengan gerakan paling pantas dan sentuhan paling sedikit. Jika mahu, anda boleh memuat naik markah anda untuk dibandingkan dengan para pemain yang lain.

 

Alchemy

desires-cap42 desires-cap41 desires-cap35

Aplikasi permainan Alchemy menarik minat saya sebagai seorang pelajar Kejuruteraan Kimia. Apa yang menarik ialah anda boleh menggabungkan elemen daripada empat elemen asas untuk menghasilkan elemen baru. Bermula dengan empat elemen asas iaitu air, api, tanah dan udara, anda boleh membina pelbagai elemen baru yang kadang-kala anda pasti tidak menyangka kombinasi elemen tersebut.

Kalau tak silap saya, ada halaman khas yang dibuat oleh pembina permainan ini untuk para pemain mencadangkan elemen baru, lengkap dengan kombinasi. Maknanya, daripada semasa ke semasa, ada peluang untuk bilangan elemen yang boleh dihasilkan tersebut untuk bertambah. Dalam versi yang saya main (v1.10.2) di HTC Desire S, ada 370 elemen yang boleh dihasilkan. Selamat bereksprimentasi dengan kombinasi elemen ciptaan anda!

 

Hex Defense

desires-cap62 desires-cap61 desires-cap60

Permainan arked mempertahankan menara (baca: tower defense) yang best. Versi yang saya mainkan dalam HTC Desire S semestinya versi percuma sahaja yang cuma ada tiga peringkat (baca: level). Untuk versi penuh, ada 17 peringkat kesemuanya.

Memang layan main game ni sebab kena susun strategi bagi mengelakkan menara kita diserang. Awal-awal main game ni asyik kalah je (sampai 12 waves je) sebab tak tahu pun boleh upgrade senjata yang dipakai tu. Selepas Hisham, kawan saya yang memang pro mengenai game main game ni, baru saya tahu. Dah la sekali main terus menang. Sebelum ni dia tak pernah main pun game ni.

 

Aplikasi permainan lain-lain

desires-cap44 desires-cap43

Ada beberapa lagi aplikasi permainan yang saya pasang di HTC Desire S ni tapi jarang saya mainkan berbanding game-game di atas. Anda ada cadangan game apa lagi yang best-best?

desires-cap46 desires-cap47

 

beliamuda: Nasib baik ada permainan ni menemani saya semasa dalam perjalanan balik daripada KL ke Batu Gajah tempoh hari. Dah la tak boleh tidur dalam tren tu, kena pulak monitor TV dalam koc saya tu rosak.

10 thoughts on “HTC Desire S: Hilangkan Bosan dengan Pelbagai Aplikasi Permainan

  1. Oh one more thing.. Please la tuka fruit slice to fruit ninja… It is really an eyes-sore and boiling my blood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge