Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar!

Salam sejahtera buat semua.

Simbol Infeksi

Mengimbau kembali sebuah mesej infeksi yang saya terima dua hari lalu, rupa-rupanya ia telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam kepada penerima mesej tersebut. Paling tidak, si penerima mesej yang penuh misteri itu menyangka ianya mengandungi virus.

Tanpa diduga, mesej infeksi ini turut hadir dengan pelbagai tanda infeksi (simbol) yang muncul pada gambar, video di Youtube, surat khabar arus perdana dan kaca televisyen. Pasti ada penjelasan untuk semua ini, bukanlah sekadar misteri yang dikaitkan dengan perkara karut. Buang jauh-jauh kaitan simbol dan mesej infeksi ini dengan kedatangan alien dan fahaman menyimpang yang lain.

 

Menyelongkar Mesej Infeksi daripada 25333

Rata-rata pengguna yang menerima mesej infeksi tersebut risau jika mesej itu membawa virus ke dalam henset mereka. Keadaan ini timbul disebabkan sifat mesej tersebut yang terus hilang dan terpadam setelah diterima oleh si penerima.

Flash Message 25333

Flash Message

Mengenai sifat mesej tersebut yang tidak disimpan dalam henset seperti kebiasaan mesej yang diterima adalah kerana mesej itu adalah flash message, sejenis mesej yang hanya boleh dibaca sekali sahaja (hp jenama Nokia menyediakan fungsi untuk menyimpan mesej tersebut).

Ramai yang tidak sedar akan jenis mesej ini sebab ianya kurang popular dalam kalangan pengguna. Saya sendiri hanya menyedari akan jenis mesej ini beberapa bulan lalu apabila timbul rasa ingin tahu untuk mencuba mesej jenis tersebut.

Kebanyakan kawan dalam senarai kontek saya pun tertanya-tanya macam mana saya buat dengan mesej itu atau servis apakah yang saya gunakan. Kebiasaannya, saya gunakan flash message untuk mengucapkan sesuatu dan pada masa yang sama memasukkan alamat blog, sekadar suka-suka dan promo kepada kawan-kawan. 🙂

 

Siapakah di sebalik mesej infeksi?

Asal usul Flash Message Misteri

Oleh kerana saya berjaya menyimpan mesej tersebut, saya telah cuba menghantar sebuah mesej ke nombor tersebut. Tanpa diduga, terdapat mesej balasan yang saya terima seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Jelas sekali, mesej tersebut dihantar melalui penyedia servis yang bernama MyLife. Anda boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang MyLife.

Portal MyLife || MGS Forum

Sangkaan awal saya mengenai servis MyLife ini, sistem mereka telah digodam oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sampaikan mereka terpaksa berada dalam mode penyelenggaraan (baca: maintenance) seperti yang dinyatakan dalam mesej balasan tersebut.

 

Simbol Infeksi di Merata Tempat

Mesej infeksi yang tersebar tersebut mula timbul pada 27 Mac. Pada tarikh ini juga, beberapa simbol infeksi mula dikesan di merata tempat seperti dalam video di Youtube, surat khabar dan kaca televisyen. Pastinya ini bukan kebetulan semata-mata, malah ianya telah dirancang. Jadi, apakah yang ada disebalik perancangan infeksi yang dikatakan bakal tersebar ini?

 

Simbol infeksi dalam video di Youtube

Terdapat dua buah video dalam Youtube yang turut memaparkan mengenai simbol infeksi. Tonton kedua-dua video di bawah untuk lebih lanjut.

The Infection

Mysterious shadow (fish) on plane

Apa yang menarik mengenai kedua-dua video di atas? Persamaanya ialah kedua-dua video di atas dimuat naik ke Youtube pada 27 Mac, akaun  pengguna yang memuat naik video di atas juga dibuat pada 27 Mac dan setiap akaun tersebut hanya mempunyai satu video di atas sahaja. Kebetulan dengan tarikh mesej infeksi mula tersebar?

Apa yang nyata dalam video kedua, adalah mustahil untuk sebuah kamera zoom pada jarah yang sangat jauh dan memaparkan imej dengan tajam. Ini jelas menunjukkan simbol tersebut telah dimasukkan ke dalam video tersebut semasa proses suntingan. Mustahil juga kerana penonton tidak sedar pun kewujudan imej seakan simbol biohazard tersebut di awal video dan lihatlah bagaimana imej tersebut dilhilangkan selepas fokus dialihkan.

Kedua-dua video di atas telah dikongsikan oleh Ikhwan.

 

Lagi simbol infeksi di dada-dada akhbar

Turut dilaporkan, lambang infeksi ini juga muncul dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dua gambar di bawah ialah lambang infeksi yang dikesan pada akhbar Harian Metro dan The Star.

The Infection

The Infection

 

Respon Yang Pelbagai

Sepanjang usaha saya mencari maklumat mengenai simbol infeksi ni, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang yang melihat lambang ini. Ada yang mengaitkan lambang ini muncul dengan sinaran radioaktif yang terbebas akibat letupan loji nuklear di Jepun, simbol dunia yang semakin hampir dengan hari kiamat dan jangkitan virus besar-besaran. Geli hati juga apabila masyarakat kita memberikan respon sedemikian.

Terus terang saya katakan simbol infeksi dan mesej yang tersebar di atas adalah satu gimik (iklan) yang digunakan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. Anda nantikan sahajalah kemunculan produk atau servis daripada mereka nanti. Anda juga mungkin melihat simbol infeksi di blog beliamuda {dot} com jika bernasib baik. Cukuplah dengan pelbagai andaian karut mengenai simbol infeksi ni!

Boleh dikatakan gimik iklan kali ini telah berjaya apabila ianya menjadi buah mulut ramai orang di dunia nyata mahupun di Internet. Mungkin kerana simbol yang digunakan itu menimbulkan pelbagai tafsiran dan tanda tanya serta dikaitkan dengan beberapa perkara yang menarik minat setiap lapisan masyarakat.

 

beliamuda: Andaian awal saya tepat apabila maklumat sebenar rupanya memang telah diberikan kepada saya beberapa hari lalu. Cuma saya sahaja tidak perasan. Kolony!

41 thoughts on “Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar!

  1. Pingback: Pelan Xpax Baru (X2) Pada Kadar Murah, Panggilan 28 sen per 10 minit | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge