Salam sejahtera buat semua.
DING! Nantikan infeksi yg akan merebak ke seluruh negara tak lama lagi!
Pagi tadi ada kawan bertanyakan adakah saya ada mendapat mesej seperti di atas. Katanya, mereka ada menerima satu flash message yang agak misteri. Disebabkan dua-dua rakan yang dapat mesej tu menggunakan hp Sony Ericson, maka mesej tersebut tidak dapat disimpan dan terus terpadam (itulah fungsi flash message).
Kebetulan, saya baru sahaja menerimanya sebentar tadi dan terus menyimpan mesej tersebut untuk dikongsikan (hp Nokia dapat menyimpan flash message).
Adakah anda turut mendapat mesej di atas? Adakah mesej ini diterima oleh kesemua pengguna Celcom (kedua-dua kawan yang menerima mesej ini tadi adalah pengguna Celcom).
beliamuda: Sejenis iklan?
dah bnyk kali dpt..
dak2 umah pun dapat..
n kami semua celcom user..
word infeksi tu mcm bahaya..
tp word nantikan tu macam excited plak nk tunggu…ntahla..haha~
atty´s last blog about ..– OH MAMATOLONGLAH-
@atty, Hehe. Semua risau kan. Apa sebenarnya di sebalik tu telah dibongkar. Boleh rujuk entri terkini.
Pingback: Simbol The Infection | Hanya Gimik dan Propaganda? | Ikhwan Shah [dot] Com
Pingback: Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar! | beliamuda {dot} com
saye pkai hp sony n pkai celcom tp rsenyer xde pon dpt msg ni? hmm…
@budokkecik, kalau hp SE, lagi mudah untuk pengguna tak perasan. Mungkin juga anda memang tak dapat.
celcom aku tak dapat pulak..
aizuddin´s last blog about ..Cek Pertama Dari Churp-Churp
@aizuddin, oh, mungkin tak semua dapat kot. Ataupun mungkin tak perasan sebab mesej tu flash sekali je kan…
Pingback: DING! Mesej Infeksi ke-2 Mula Tersebar | beliamuda {dot} com
WOW..semak lah inbox nanti.
@liyas, tak semak pun sebab flash message tak masuk dalam inbox.
oo sy dgn rkan2 sy yg lain dh mula men ding ni.. caranya senang saja. taip kding mesej dan hantar ke 25333.
@suzi, pembetulan.. taip KDING jarak no.hp jarak mesej dan hntr 25333.
Assalamualaikum. aku pun ade terima mesej tu..haiya. 2 kali kot. seb bek xde pape. ahaha. btw, aku pinjam gamba hang tu ea, nnti aku credit address blog ko. 😀
@manusia biasa, Waalaikumussalam. Silakan sahaja. Tiada masalah.
Kepada smua rakan skalian. Infeksi KDING tu sbnarnya satu muslihat ah long. jangan sesekali mencubanya, sbab di sarawak sekarang nie. Kes itu msih disiasat. Harap maklum…
@Penyiasat Muda, oh, macam tu ke?