Tag: MyLife

  • Mencuba Servis KDING 25333 (Mesej Infeksi)

    Salam sejahtera buat semua.

    Main-main servis KDING

    Sejak dua hari lepas, servis KDING 25333 yang asal-usulnya heboh sebagai mesej infeksi telah mula beroperasi secara percuma sehingga 8 April, setelah gelombang kedua mesej infeksi melanda.

    Apa salahnya mencuba servis ini kalau dah percuma kan? Jadi, saya telah cuba servis KDING ini untuk menghantar flash message kepada rakan-rakan saya. Ada juga yang bengang, terutama rumet sampai pos dalam Faecbook lagi… >_<

    (more…)

  • DING! Mesej Infeksi ke-2 Mula Tersebar

    Salam sejahtera buat semua.

    Mesej Infeksi ke-2

    DING! Anda antara yg pertama ‘dijangkiti’ infeksi baru! DING kawan2 anda secara PERCUMA dr 12am-6am dr skrg hgga 8/4!nHtr KDING <no.tel> <mesej> ke 25333

    Pada pagi ini, seorang kawan saya telah menerima satu lagi mesej infeksi (juga dalam bentuk flash message). Gelombang kedua mesej infeksi telah mula merebak. Anda boleh baca mesej infeksi pertama bagi yang tidak tahu kisah mesej infeksi ini.

    (more…)

  • Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar!

    Salam sejahtera buat semua.

    Simbol Infeksi

    Mengimbau kembali sebuah mesej infeksi yang saya terima dua hari lalu, rupa-rupanya ia telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam kepada penerima mesej tersebut. Paling tidak, si penerima mesej yang penuh misteri itu menyangka ianya mengandungi virus.

    Tanpa diduga, mesej infeksi ini turut hadir dengan pelbagai tanda infeksi (simbol) yang muncul pada gambar, video di Youtube, surat khabar arus perdana dan kaca televisyen. Pasti ada penjelasan untuk semua ini, bukanlah sekadar misteri yang dikaitkan dengan perkara karut. Buang jauh-jauh kaitan simbol dan mesej infeksi ini dengan kedatangan alien dan fahaman menyimpang yang lain.

    (more…)