Tertipu Oleh Transaksi dan Urusan Pembelian Secara Online

Salam sejahtera buat semua.

Online Shopping Fraud

Beberapa hari lalu, timbul lagi isu pengguna yang tertipu dengan jualan melalui Internet. Kali ini, pembeli yang dikatakan membeli sebuah iPhone 4S pada harga sekitar RM1700, namun apa yang diterima adalah bungkusan yang mengandungi berus cat dan replika iPhone (Harian Metro, 16 Februari 2012).

Banyak lagi kisah penipuan dalam talian yang telah terjadi dan saban hari, masalah ini pastinya meningkat dengan kecenderungan pembeli memilih transaksi secara dalam talian. Cuma yang kurang adalah kesedaran pengguna untuk berhati-hati dan memilih platform yang betul untuk urusan jual beli.

Continue reading

Mesej dan Simbol Infeksi: Gimik Melampau dan Pendedahan Sebenar!

Salam sejahtera buat semua.

Simbol Infeksi

Mengimbau kembali sebuah mesej infeksi yang saya terima dua hari lalu, rupa-rupanya ia telah menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam kepada penerima mesej tersebut. Paling tidak, si penerima mesej yang penuh misteri itu menyangka ianya mengandungi virus.

Tanpa diduga, mesej infeksi ini turut hadir dengan pelbagai tanda infeksi (simbol) yang muncul pada gambar, video di Youtube, surat khabar arus perdana dan kaca televisyen. Pasti ada penjelasan untuk semua ini, bukanlah sekadar misteri yang dikaitkan dengan perkara karut. Buang jauh-jauh kaitan simbol dan mesej infeksi ini dengan kedatangan alien dan fahaman menyimpang yang lain.

Continue reading