Twitpic Sepanjang Minggu #1

Salam sejahtera buat semua.

Kalau ada yang sempat membaca dan terbaca entri Cebisan Bulan Februari 2011 yang lalu, saya ada menyebutkan tentang keaktifan saya di twitter (#9). Salah satu benda yang jarang saya buat sebelum ni di twitter adalah berkongsi gambar di sana.

Sebelum ini, saya telah cuba menggunakan twitpic sebagai medium untuk berkongsi gambar di twitter. Saya memilih servis twitpic kerana antara-mukanya yang ringkas dan rasa lebih mudah untuk menggunakannya. Lagipun, saya tidak menggunakan applikasi khas twitter, melainkan Echofon di Firefox sahaja.

Jom terus kita terjah twitpic sepanjang minggu ini, buat kali pertama di blog beliamuda {dot} com.

Percubaan pertama

Saya lebih memilih untuk twitpic melalui hp (MMS ke emel twitpic) daripada memuat naik terus di laptop. Lagipun, fungsi utama saya twitpic adalah untuk berkongsi segera gambar-gambar yang diambil.

Gambar-gambar di bawah ini adalah golongan yang terlibat dalam proses percubaan.

Share photos on twitter with Twitpic Jangan jeles ok! on Twitpic Ini dia @penaberkala dan @FarisMuhandisu on Twitpic

Gambar-gambar ni semuanya dihantar melalui MMS Celcom dengan kadar 20sen/MMS.

Mengetest dengan talian hotlink. on Twitpic

Satu lagi gambar percubaan dihantar dengan menggunakan Hotlink (Maxis) pada kadar 25sen/MMS. Sudah terang lagi bersuluh, memang saya pilih Celcom untuk twitpic dan hp yang digunakan adalah Nokia X2-00. Hp Nokia 5800 XM untuk talian Hotlink.

Hujan, tapi langit cerah. Tapi tak nampak pun pelangi...  on Twitpic

Satu lagi gambar lain yang dimuat naik terus daripada web twitpic.

 

Awal pagi hari Sabtu

Di pagi Sabtu yang indah, Luqman (rumet) bermurah hati untuk belanja sarapan. Rezeki yang datang, kita ambil dengan rasa syukur.

Kereta macam ni la yang nak kena calar! on Twitpic Sarapan pagi kat kafetaria sayang, v2. on Twitpic

Rumet belanja nasi lemak n teh ais. #fb on Twitpic My other engine is a search engine. on Twitpic

 

Ahad yang sibuk dengan miting PDP

Miting yang sepatutnya diadakan pada Sabtu malam, tetapi ditangguhkan ke Ahad pagi. Akhirnya, dapat juga menyiapkan pengiraan awal untuk keseluruhan proses Ammonia Plant bagi material balance.

Meeting PDP at v5 cafe. on Twitpic Sibuk buat pengiraan mass bal. #fb on Twitpic Diambil alih @lilmissirda utk mass bal. on Twitpic

 

beliamuda: Cukup dulu untuk #1. Ada kisah pedih lagi duka dalam proses twitpic ni. Mungkin akan diceritakan dalam entri seterusnya. Kawan-kawan di twitter pasti tahu apakah kisah pilu tersebut.

6 thoughts on “Twitpic Sepanjang Minggu #1

  1. Pingback: Kredit Celcom Lesap Secara Tiba-Tiba | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #2 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge