Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Merlimau (N27), Jasin, Melaka dan Pilihan Raya Kecil peringkat DUN di DUN Kerdau (N28), Termerloh, Pahang. Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.
PRK DUN Kerdau diadakan berikutan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Info Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau:
Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
Jumlah pemilih berdaftar: 8,999 orang
Jumlah pemilih biasa: 8,984 orang
Jumlah pemilih pos: 15 orang
Sumber: Laman Web SPR
Lagi fakta dan info PRK DUN Kerdau.
*****
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau
5:00 Petang: Kesemua 13 pusat pengundian ditutup.
6:15 Petang: BN – 1,385 PAS – 764
6:40 Petang: BN – 2,021 PAS – 956
7:10 Petang: BN mendahului PAS dengan majoriti 3,148 (BN secara tidak rasmi menang kerusi DUN Kerdau)
7:20 Petang: BN – 3,777 PAS – 1,776
Nantikan keputusan rasmi yang akan diumumkan sekitar pukul 8.
No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
---|---|---|---|
1 | Syed Ibrahim | Barisan Nasional | 3,777 |
2 | Hassanuddin Salim | PAS | 1,776 |
Sumber: MalaysiaKini dan Twitter Malaysia Digest
*****
Keputusan Penuh dan Rasmi PRK DUN Kerdau
Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 5,060 undi manakala PAS mendapat 2,336 undi. Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad menang dengan majoriti 2,724 undi – meningkat berbanding majoriti 1,615 undi pada 2008.
Syed Ibrahim (BN) – 5,060 undi | Yuhaizad Abdullah (PAS) – 2,336 undi
Majoriti – 2,724
Kredit kepada Malaysiakini
beliamuda: Saya tak terasa hangatnya PRK kali ini. Mungkin disebabkan saya sibuk ataupun kempen yang tidak rancak. Tahniah kepada YB Syed Ibrahim. Selamat menjalankan tugas dan amanah.
huhu, tahniah kepada parti yang menang, jangan lupa laksankan tanggungjawab anda..
Meow´s last blog about ..Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau & Kerdau
Kpd parti hijau putih jgn mengalah mungkin blom ade rezeki…. insyaallah PRU 13 nnt kite tmbh lg negeri… kelantan, kedah, terengganu, dan negeri majoriti islam kite tawan… insyaallah…