Salam sejahtera buat semua.
Tag: result SPM 2011
-
Semakan Keputusan SPM 2011 Secara SMS dan Online
Salam sejahtera buat semua.
Dengan pengumuman rasmi tarikh keputusan SPM 2011 telah dibuat, maka perhitungan hari sajalah yang tinggal buat pelajar lepasan SPM ke tarikh 21 Mac 2012. Seperti dijangkakan, perkhidmatan mySMS sekali lagi digunakan sebagai salah satu medium bagi pelajar SPM 2011 untuk membuat semakan keputusan masing-masing.
Selain mendapatkan keputusan masing-masing dengan hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan SPM 2011 bagi calon sekolah atau ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi calon persendirian, semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) turut disediakan dengan sokongan oleh mySMS.
-
Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2011
Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, keputusan SPM 2011 akan diumumkan pada 21 Mac 2012 iaitu pada hari Rabu. Semakan keputusan dijangka akan dapat dibuat di sekolah masing-masing pada hari tersebut selepas pukul 10 pagi.
Dengan tersiarnya pengumuman tarikh rasmi untuk semakan keputusan SPM 2011, maka dengan ini terjawablah teka-teki tarikh SPM 2011 diumumkan dan juga menidakkan khabar angin tarikh 22 Mac 2012 hari pengumuman. Rujuk sebaran surat rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.


