Tag: sms

  • Kenapa Tidak Dapat Menyemak Keputusan PMR 2011 Melalui mySMS?

    Salam sejahtera buat semua.

    Result PMR 2011 SMS

    Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, wujudnya masalah berkaitan dengan semakan keputusan PMR 2011 melalui mySMS terutamanya pada hari pertama keputusan diumumkan. Ada beberapa komen yang mengatakan mereka (merujuk kepada pelajar Tingkatan 3) tidak dapat melakukan semakan dan tiada respon yang diberikan selepas SMS dihantar.

    Saya ada juga cuba menghantar SMS mengikut format yang telah dsediakan oleh mySMS dengan menggunakan maklumat palsu. Namun, respon yang diberikan ialah pihak berkenaan sedang mengalami masalah teknikal. Itupun setelah hampir sejam barulah mesej tersebut berbalas.

    (more…)

  • SMS Serbuan Kilang Biskut Munchys Ada Arak oleh JAKIM Adalah Palsu

    Salam sejahtera buat semua.

    biskut Munchys JAKIM stor Arak

    Beberapa ketika sebelum saya mula menjamah makan malam saya sebentar tadi, saya ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengenai serbuan pihak JAKIM ke atas kilang biskut Munchys di Batu Pahat dan telah menemui stor arak.

    Berikut adalah SMS yang diterima oleh saya;

    TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SE ISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)kalau tuan2 sayangkan agama Allah yg suci,sebarkan sebanyak mungkin,ini suatu ibadah! ..mudah2an Allah merahmati tuan