Sekolah Terbaik SPM 2010: SM Sains Tuanku Munawir @ SASER

Salam sejahtera buat semua.

Logo SASER

Dalam pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 peringkat kebangsaan, sekolah yang dipilih terbaik bagi keseluruhan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER).

Pencapaian ini adalah kali kedua buat sekolah ini yang turut dipilih terbaik bagi tahun lepas. Pada tahun 2009, SM Sains Tuanku Munawir mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.97, manakala pada tahun ini pada 0.89.

Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran

Berita ini dipetik daripada laporan di BERNAMA.

 

Kenapa MRSM PC bukan yang terbaik?

Jika dilihat dalam ranking MRSM bagi keputusan SPM 2010, turut dinyatakan di situ Gred Purata Maktab (GPM) yang sepatutnya sama dari segi maksud dengan GPS. GPM bagi MRSM PC ialah 0.83 menjadikan MRSM PC terbaik dalam kalangan MRSM untuk keputusan SPM 2010.

logo MRSM

Jika dibandingkan nilai GPM MRSM PC (0.83) dengan GPS SMS Tuanku Munawir (0.89), sudah tentulah MRSM PC adalah yang terbaik bagi institusi pendidikan di Malaysia bagi keputusan SPM 2010. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Jadi, kenapakah bukan MRSM PC yang dipilih sebagai yang terbaik? Telahan saya mungkin kerana perbezaan sistem (MRSM bukan di bawah KPM). Anda rasa?

beliamuda: Tidak kisah siapa yang terbaik. Yang penting, cabaran untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran selepas ini. Sudah adakah hala tuju masing-masing?

36 thoughts on “Sekolah Terbaik SPM 2010: SM Sains Tuanku Munawir @ SASER

  1. sekolahku sains alam shah dalam ranking sbp dpt no 6 utk thun ini.

    tapi no 1 untuk sekolah area KL selama 6 thun berturut-turut,,,siap masuk tv lagi,,

  2. Congratz to those got the brilliant result in SPM..well believe me,there is nothing with spm..mmg bgus dpt result cmerlang tp realitinye,xsume cmerlang di univ especially yg study abroad..better to prepare..mmg yg korank yg hebat2 ni krajaan nk anta oversea so agak2 sape yg dlu dependence ngn ckgu, learn to be independent…salam..

  3. spm tak lah menjamin masa depan sangat. saya ex sbpi rawang dan memang terkontang-kantinglah bila dah keluar dari sekolah.belajar separuh mati pon tak tentu dafat 4flat. saya ade jugak kawan2 dari saser. tapi bila dah keluar sekolah,subjek semua fail sebab susah nak cope dengan dunia luar yang sangat3 mencabar.
    peyuz´s last blog about ..nafkah yang tidak patutMy Profile

    • @peyuz, ini masalah “ayam daging”. selalu diberi makan suap, bila dilepas bebas, masing-masing tak mampu untuk berubah dengan kejutan budaya. saya dari MRSM, tahu macam mana cabaran tu. tapi untungnya keadaan saya, semasa saya di MRSM dulu, kebebasan telah diberi untuk kami lebih fleksibel, tapi keputusan SPM (batch kami) adalah tangga ketiga pada tahun tu dalam kalangan MRSM. Mungkin budaya di sekolah asrama yang terlalu menyuap kepada pelajar yang menyebabkan keadaan macam ni.

    • @anis, agree wif u! ex-mrsm slalunya pandai sesuaikan diri dgn dunia luar..xda pon istilah ‘kejutan budaya’.. dr mrsm lagi dah berdikari xpecially cari nota,belajar,beli buku sendiri(dulu x dpt buku teks)..mana ada kene suap dgn cikgu..
      tingtong´s last blog about ..The Mechanic 2011 filmMy Profile

      • @tingtong,
        mrsm tak makan suap,sume kne life sendiri,pelik gak orang ckp mrsm makn suap,mana ada makan suap..sendri2 suda,cikgu pun faham tak suap2 student

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge