Salam sejahtera buat semua.
Tag: GPS
-
Ranking SBP bagi Keputusan SPM 2010
Salam sejahtera buat semua.
[Terbaru: Ranking SBP bagi keputusan SPM 2011!]

Menambah lagi siri kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia dalam prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, saya paparkan pula kali ini kedudukan penuh bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi keputusan SPM 2010.
Sebelum ini, saya telah paparkan SBP paling cemerlang SPM 2010 iaitu SM Sains Tuanku Munawir yang juga dipilih sekolah terbaik peringkat kebangsaan bagi SPM 2010. Turut dipaparkan juga untuk perbandingan juga senarai penuh kedudukan MRSM bagi SPM 2010 sebagai perbandingan.
-
Sekolah Terbaik SPM 2010: SM Sains Tuanku Munawir @ SASER
Salam sejahtera buat semua.

Dalam pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 peringkat kebangsaan, sekolah yang dipilih terbaik bagi keseluruhan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER).
Pencapaian ini adalah kali kedua buat sekolah ini yang turut dipilih terbaik bagi tahun lepas. Pada tahun 2009, SM Sains Tuanku Munawir mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.97, manakala pada tahun ini pada 0.89.

