Tag: SBP

  • Komen Menghina Daripada Pelajar Kepada Seorang Guru

    Salam sejahtera buat semua.

    Writers Blockknowsnotmuch

    Salah satu perkara yang sentiasa menjadi cabaran buat para blogger ialah melayan karenah pembaca yang memberikan komen di dalam entri yang disiarkan. Komen di entri ini jugalah yang boleh menjadi penarik untuk pembaca lain membaca blog kerana ia memaparkan kepelbagaian pendapat, pemikiran dan pandangan.

    Dalam kemeriahan keputusan SPM 2011 diumumkan, ada beberapa entri yang saya siarkan berkaitan dengannya. Salah satu entri tersebut yang mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam keputusan SPM 2011.

    (more…)

  • Ranking SBP bagi Keputusan PMR 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    [Bandingkan dengan ranking MRSM dalam PMR 2011]

    Ranking SBP PMR 2011

    Pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 semalam menyaksikan peningkatan pelajar Tingkatan 3 yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil. Tahniah kepada setiap pelajar yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, SPM 2013 adalah masa untuk anda membuktikan kebolehan masing-masing.

    Setiap kali pengumuman peperiksaan awam seperti PMR 2011, pastinya kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi tarikan ramai untuk diketahui. Jadi, marilah kita sama-sama melihat kedudukan SBP dalam PMR 2011 mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah.

    (more…)