Analisa Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Slip keputusan SPM

Akhirnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diumumkan secara rasminya pada hari ini, 23 Mac 2010. Tamat sudah segala teka-teki yang pernah bermain dalam beberapa entri yang telah ditulis oleh saya sebelum ini.

Berteka-teki dengan adik-adik pelajar lepasan SPM di “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?” Kemudian muncul pula satu petikan ucapan yang membawa kepada “Keputusan SPM 2010 Mungkin Diumumkan Dalam Bulan April?” Lalu, pelbagai “Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010” menjadi bualan ramai pelajar SPM 2010. Akhirnya, segala persoalan terjawab dengan “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2010”.

Dalam sidang pengumuman analisa keputusan SPM 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun (empat tahun lalu – SPM 2006 adalah tahun saya menduduki SPM).

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Bagi yang masih terkejut dengan sistem baru (ada yang masih lagi tak tahu dan tidak sedar akan perubahan ini), boleh rujuk penggunaan sistem gred baru untuk SPM.

Semakan SPM 2010 melalui SMS
Kali pertama dapat semak keputusan SPM dengan SMS

Boleh rujuk analisa keputusan SPM 2009 untuk membuat perbandingan.

Seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

Bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

Analisa ringkas keputusan SPM 2010 ini disunting daripada BERNAMA.

beliamuda: Menunggu senarai pelajar terbaik SPM 2010 dan sekolah terbaik SPM 2010. Tahniah buat pelajar dan lepasan SPM 2010 untuk keputusan yang baik dan cemerlang. Bagi yang kurang memberangsangkan, usaha anda bukan berakhir di sini. Teruskan berjuang!

Comments

23 responses to “Analisa Keputusan SPM 2010”

  1. dueysynyster Avatar
    dueysynyster

    bleh tlong bg analisis PMR sekolah menengah sultan abdul halim jitra x taun 2010

    1. beliamuda Avatar

      @dueysynyster, maaflah. analisa tak dapat dibuat kalau saya tidak dapat keputusan yang hanya ada pada pihak sekolah.

  2. dueysynyster Avatar
    dueysynyster

    sekolah smsah ranking yg brpa erk?/??

  3. ariff bin omar Avatar
    ariff bin omar

    spm 2010 8 gagal smk bandar

  4. […] keputusan SPM 2011 oleh sesetengah pihak, termasuk pelajar lepasan SPM 2011 sendiri. Mungkin kerana keputusan SPM 2010 juga diumumkan pada 23 Mac […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge