Salam sejahtera buat semua.
Dalam entri Twitpic Minggu Ini #1, saya ada menyebut di penghujung entri tentang sebuah insiden yang memilukan yang terjadi semasa dalam proses awal saya berjinak-jinak dengan twitpic. Dinyatakan juga, rakan-rakan di twitter pasti sudah tahu apakah insiden yang dimaksudkan.
Sebelum saya ceritakan insiden apakah yang terjadi tu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang memberi respon di twitter dan FB beliamuda. Respon korang sedikit sebanyak memudahkan saya dalam proses memahami apakah isu-isu yang menyebabkan kredit boleh hilang secara tiba-tiba.
Kredit Celcom tiba-tiba lesap
Bayangkan, apakah reaksi korang apabila kredit hp (Maxis, Celcom, Digi atau telco lain) tiba-tiba habis, tapi tak seberapa lama sebelum tu korang check kredit masih lagi ada. Mesti terkejut dan melenting jugak kan?
Itulah insiden yang terjadi kepada saya. Kredit yang pada awalnya ada sekitar RM14 tiba-tiba sahaja bertukar menjadi 14 sen. Rasa macam kena songlap kredit pun ada. Nasib baik saya boleh topup terus kredit Celcom saya tu. Jadi, saya tambah lagi RM20. RM20 tersebut pula berkurang kepada RM11. Maknanya, ada lagi RM9 hilang secara tiba-tiba.
Hubungi Celcom Customer Service untuk penjelasan
Selepas meminta pandangan daripada rakan-rakan di alam maya dan carian di Google, saya menghubungi pihak Celcom Customer Service untuk meminta penjelasan lanjut mengenai masalah yang sedang saya hadapi. Nasib baik nak call Celcom dengan dail 1111 tu free je.
Percubaan pertama gagal apabila tidak dapat disambung kepada operator. Nasib baik cubaan kedua terus berjaya. Saya dapat berhubung dengan operator yang bertugas.
Operator Celcom: Boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Boleh saya bantu?
saya: [Memperkenalkan diri dan menceritakan masalah yang dihadapi]
Operator Celcom: Saya nak mengesahkan dahulu nombor yang encik pakai. Minta nombor IC dan alamat rumah.
saya: [Mengesahkan nombor telefon, nombor IC dan alamat rumah]
Operator Celcom: Perkara terakhir yang encik lakukan sebelum tu adalah Web Browsing.
saya: [Terus mencelah, terkedu dan menafikan]
Nota: Perbualan diubahsuai mengikut kesesuaian, tetapi masih membawa mesej yang sama
Penjelasan keadaan sebenar
Saya menyemak nilai baki kredit saya semasa saya sedang menghantar MMS ke emel twitpic. Masa tu, MMS tidak dapat dihantar dan asyik pending. Indikasi di paparan Nokia X2-00 menunjukkan sambungan ke WAP terus terbuka dan terdapat pemindahan data yang berjalan secara berterusan (melebihi saiz MMS yang dihantar).
Menurut operator Celcom yang bercakap dengan saya, sebuah MMS tidak boleh melebihi saiz 100KB (saiz MMS yang saya hantar masa tu sekitar 120KB). Apabila sebuah MMS melebihi 100KB dihantar, kadar caj sambungan ke WAP akan dikenakan berbanding kadar caj MMS pada 20 sen sahaja.
Turut dijelaskan, apabila sebuah MMS melebihi saiz 100KB, kemungkinan MMS tidak dapat dihantar dengan jayanya dan menyebabkan proses penghantaran terus berulang (mengikut tetapan hp) sehinggalah kredit anda habis! Solusi yang diberitahu adalah mematikan hp dan menghidupkannya semula selepas membatalkan penghantaran MMS tadi.
Isu lain yang menyebabkan kredit habis tanpa pengetahuan
Antara sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan kredit anda hilang tanpa disedari:
-
Anda telah didaftarkan untuk servis berbayar SMS tanpa pengetahuan anda atau kesilapan mendaftar secara tidak sengaja
-
Aplikasi dalam hp (terutama smartphones) yang memerlukan sambungan Internet setiap masa, maka caj akan dikenakan setiap kali anda dihubungkan.
-
Kecurian kredit melalui hacking (saya tidak tahu bagaimakah atau bolehkah cara ini dilakukan)
Kesimpulannya, kalau ada yang kena masalah macam ni, cuba siasat dulu. Hubungi customer service telco tersebut dan minta penjelasan. Kalau anda masih tidak berpuas hati, tanyalah pada mereka yang lebih tahu. Siapa yang lebih tahu? Mereka yang pernah kena la…
beliamuda: Tak patah semangat untuk terus twitpic lagi. Cuma kena beringat setiap kali ambil gambar. Kenas pastikan tetapan kamera berada pada saiz yang sesuai untuk MMS.
line celcom makin sucks kat utp ni skrg. ntah kenapa. =.=
@eyra, mungkin sebab tower down. tak dapat nak send signal ke tower yang besar kat luar UTP tu…
pernah kene yg servis berbayar…
terdaftar ape tah…
setiap kali dia bg sms update…kene bayar rm4…3 hari je belh habis rm10…sebulan gak kene camtu….
call Celcom n dia kate aku subscribe servis ape tah…
dia kate…kalo no tu start dr 2****…ni free…tp kalo start dr 3****…ni kompim bayar…
kao xsalah la..leh cek (^_^)
Nasrullah´s last blog about .. Selama- Perak
@Nasrullah, oh. cmtu eh. tq for the tip!
betol3..
konfius knp kedit slalu ilang tibe2..
haaaiissshhh celcom mkn duit ak..
ecah´s last blog about ..he respects her 1st kiss – yongseo couple
@ecah, tak makan duit, tak de bisnes la diorang. 😛
kena sentiasa alert dengan connection tu semua.. kalau tak.. rugi kredit
Mus´s last blog about ..Skim Rumah Pertamaku
@Mus, hehe. mmg off je connection yang tak patut tu.
woha…
naseb same la kite…
fon pon model same..haha~
pas kena sekali, xberani da nk anta mms…
atty´s last blog about ..-USAH PUTUS ASA-
@atty, u biasa anta MMS saiz bpe? lepas kena tu, mmg pastikan saiz gambar kecik daripada 100KB. Tapi still ada jugak anta yang lebih sikit…
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #2 | beliamuda {dot} com
ntahla…
dulu2 xprnah kisah pon size gamba..
tp fon 2 kn camera dye 5MP..mmg besar la gmba..
mmg da xnk anta mms da..haha~
atty´s last blog about ..– TAHNIAH MRSM PC-
@atty, a’ah memang 5MP, tapi boleh je kalau nak set suruh amik gambar kecik dalam perlbagai pilihan saiz MP.
bro..good info, aku kalau nampak connection lain macam je, terus restart hp
fazrin´s last blog about ..Perbezaan apple ipad dan samsung galaxy tab
Saya pun penah jadi hal yang sama…guna celcom gak…abis RM20 hanya untuk hantar MMS yang tak sampai pun 100kb. Call CS dan diberitahu saya telah menggunakan internet. bila saya nafikan, mereka kata mungkin masa tu ada orang lain yang tengah guna fon saya…tak ke bangang namanya tu…sah-sahla saya yang tengah cuba hantar mms. setiap saat dan detik dok perati skrin monitor takkan la orang lain pulak yang guna…hampeh
@Niza, ni la kesilapan ngan network Celcom. Bila tak leh anta MMS dalam first attempt, dia akan jadi banyak kali. banyak kali tu la yang tetibe kena caj macam guna Internet.
celcom suck