Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang dimaklumkan dalam entri tarikh semakan dan kemaskini matrikulasi 2011, semakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi 2011/2012 telah pun dibuka mulai hari ini, 21 Feb sehingga 6 Mac 2011.

Lepasan SPM 2010 yang membuat permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2011/2012 boleh membuat semakan dan kemaskini permohonan sahaja dan tiada permohonan baru yang boleh dibuat.

Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012

Semakan dan kemaskini permohonan Matrikulasi ini boleh dibuat di Semakan Permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2011/2012.

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.

Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

 

Maklumat Tambahan

Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dilakukan dengan  menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4036/4040 atau kunjungi laman Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

beliamuda: Sila pastikan rakan-rakan anda yang lain turut mengetahui mengenai semakan Matrikulasi bagi mengelakkan masalah keciciran.

Comments

28 responses to “Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012”

  1. […] [Terbaru: Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012] […]

  2. cikgufaezah Avatar

    teringat masa belajar kt matrik dulu.. memang tak leh lupa..

  3. izat Avatar
    izat

    knape eror je adoy

  4. deedat Avatar
    deedat

    brape kli bley kmaskini nie?

  5. peyt Avatar
    peyt

    erm…aku nk kemaskini matriks aku…tp itulah..die mnta type darah pulak..paztu yg mklumat aku isi ari tu pun salah..xdpt pulak kemaskini yg tu..adoyai…pening2…laz2 xambik aku matrik..lgpun xkonpem dpt…

  6. dibah Avatar
    dibah

    aq pown nk kemaskini brg matrik ,,,tp,alamt tu x leh tkarlah..dh mmg kekal…x leh nk ubah..mcm mne nie??

  7. tgis Avatar
    tgis

    hello :)nk tanye skit….kenapa everytime nk kemaskini n nk submit the permohonan,nnt kluar mcm ‘500 internal server error’?dh 2 kali cuba try but the same thing happens.nk buat mcm mn ah?nk contact kpm ke tanye?

    1. beliamuda Avatar

      @tgis, itu maknanya server kpm tengah sesak dengan ramai pemohon tengah mengakses/kemaskini.

  8. shazalin Avatar

    x dpt semak matrik ni…huhuhuhu

  9. Fariha Avatar
    Fariha

    Bgm dan dimana sy nk check samada anak sy sudah mendaftar Matriks atau tidak ketika di sekolah nya dahulu.Dia pun tak pasti ttg MAtriks ni…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge