Tarikh Semakan dan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Buat adik-adik pelajar lepasan SPM 2010 yang masih tertanya-tanya bilakah proses semakan dan kemaskini permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 boleh dilakukan, pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pemberitahuan berkenaan hal ini.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda untuk mengelakkan masalah keciciran semasa membuat proses semakan dan kemaskini nanti.

Semakan dan Kemaskini Permohona Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemas kini borang permohonan mulai pada 21 Februari 2011 hingga 6 Mac 2011.

Hanya pelajar SPM 2010 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet atau borang manual pada tahun lepas diminta untuk mengemas kini maklumat tambahan melalui laman sesawang Semakan Permohonan Matrikulasi (akan dibuka seperti tarikh di atas).

Maklumat Tambahan

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

beliamuda: Adakah sekolah anda tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi 2011?

78 thoughts on “Tarikh Semakan dan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

  1. sya suda membuat permohonan dan nma sya tlah di masukan dlm sistem..tapi malangnya saya terlupa utk mengambil no siri yg tertera..apa yg harus sya lakukan?adaka no siri itu diguna utk kemasukan ke matrik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge