Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi dan Ambilan Kedua Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat tempat semasa keputusan permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diumumkan pada 28 April lalu akan boleh membuat semakan keputusan rayuan permohonan kemasukan ke program matrikulasi KPM bagi sesi 2011/2012 untuk ambilan kedua Matrikulasi pada 4 Jun 2011, mulai pukul 12 tengah malam.

Continue reading

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2011/2012 semakin menghampiri kepada tarikh pengumuman dan semakan. Hari pengumuman keputusan permohonan matrikulasi pada tahun ini ialah pada 28 April 2011.

Seperti tahun sebelumnya, para pemohon boleh membuat semakan keputusan melalui cara menghantar mesej pesanan ringkas (SMS). Format untuk SMS adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Continue reading

Tarikh Sebenar Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya dikejutkan dengan khabar angin semakan matrikulasi yang telah boleh dibuat mulai hari ini. Adalah dimaklumkan, khabar angin tersebut salah sama sekali.

Pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan dan semakan rasmi hanya boleh dilakukan mulai daripada 28 April 2011. Tempoh ini adalah lima minggu selepas keputusan SPM 2010 diumumkan tempoh hari.

Continue reading

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan dan Kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Bagi adik-adik lepasan SPM 2010 yang bertanyakan bilakah tarikh semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi dan tarikh kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2011/2012, sila teruskan pembacaan di bawah.

Buat pengetahuan, semakan keputusan ke Matrikulasi boleh dilakukan secara dalam talian (baca: online) pada 28 April 2011. Pautan untuk melakukan semakan secara online akan dikongsikan kemudian.

Continue reading