Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang dimaklumkan dalam entri tarikh semakan dan kemaskini matrikulasi 2011, semakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi 2011/2012 telah pun dibuka mulai hari ini, 21 Feb sehingga 6 Mac 2011.

Lepasan SPM 2010 yang membuat permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2011/2012 boleh membuat semakan dan kemaskini permohonan sahaja dan tiada permohonan baru yang boleh dibuat.

Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012

Semakan dan kemaskini permohonan Matrikulasi ini boleh dibuat di Semakan Permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2011/2012.

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.

Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

 

Maklumat Tambahan

Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dilakukan denganĀ  menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-8884 4036/4040 atau kunjungi laman Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

beliamuda: Sila pastikan rakan-rakan anda yang lain turut mengetahui mengenai semakan Matrikulasi bagi mengelakkan masalah keciciran.

28 thoughts on “Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

  1. salam..hye..ne tgh bingung laa..mcm mna nak semak matrikulasi ne..??mksud sy..sya dah kmas kini dah borg matrik sy tp sy x tw bila nak tgk samada sya lyk atw x..bila baru ada nama utk matrikulasi 2011/2012..??

  2. Hello~nak tanya sikit~saya nak mohon matrik~saya dah isi borang Fasa 1 tapi saya tak isi Fasa 2 kerana masa tu saya tak de komputer~tapi saya memang nak mohon~~What can i do now??

    • @nurul,dah boleh semak skrg ni. .melalui sms or on9.klo mlalui sms taip moe jarak mat jarak no kp n snd to 15888,kalo on9 masuk eputra dn cari matrikulasi.selamat maju jaya!

  3. nak tanya sikit..waktu saya isi borang upu fasa 2 tu,saya terlupa nak isi angka giliran muet..angka gliran tu wajib ke?saya takut bawa kesan pada keputusan upu saya.
    terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge