Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Anda boleh merujuk di sini untuk tarikh SPM, SPMU dan STAM 2011.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

beliamuda: Bagi yang nak ambil SPMU tu, cepat-cepatlah mendaftar. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPMU ialah 1103 Bahasa Melayu dan 1449 Matematik sahaja.

Comments

60 responses to “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka”

  1. ashraf Avatar
    ashraf

    mcm mana nak isi borang SPM semak ketas semula ni? saya pening laaaa

    1. beliamuda Avatar

      @ashraf, mengenai semak semula tu, boleh rujuk di laman web LPM.

  2. fadila Avatar
    fadila

    ila buka laman web lembga peperiksaan,ada log in plak,mcmana nak sign up..cari2 x junpe pun

    1. beliamuda Avatar

      @fadila, LPM atau MPM? Dua2 beza tu…

  3. amer Avatar

    bila tarikh ulangan utk paper bahasa inggeris?

    1. beliamuda Avatar

      @amer, tiada ulangan untuk paper BI.

  4. rosemarrie Avatar
    rosemarrie

    adakah pndftaran BM julai yg dmksudkan adalh sub Bm yg diambil bg Ulangan spm?

    1. beliamuda Avatar

      @rosemarrie, yup, sama sahaja.

  5. SYAHIRAH Avatar

    salam…nak tnya ni…saya plajar lpasan SPM 2010…bagaimana dgn soalan yang akan keluar bagi exm bahasa inggeris,adakah soalan yang keluar dalam novel yang lama atau dalam novel yang baru…

    1. beliamuda Avatar

      @SYAHIRAH, wasalam. berkenaan soalan tu, saya tak dapat jawab. kurang pasti mengenai soalan yang bakal ditanya.

    2. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @SYAHIRAH, sesiapa yg mengambil spm pada tahun 2011 akan menggunakan novel yang baru. tidak lagi menggunakan novel lama.

  6. saiful azri Avatar

    adakah soalan matematik ulangan mirip dengan soalan spm sebenar atau lebih payah lagi?

  7. Qyara Avatar
    Qyara

    komsas silibus baru tu stat bm julai 2011 ni ke?

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @Qyara, komsas silibus baru bermula pada bm november 2011. bm julai 2011 masih menggunakan silibus komsas yg lama.

  8. kirana Avatar
    kirana

    nak tanye tok calon persendirian bape subjek jeh bole amek?? minimum bape??

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @kirana, untuk calon persendirian pertama kali mengambil spm hendaklah mendaftar minimum enam subjek iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, sains, pendidikan islam dan juga sejarah. sekiranya anda pernah mengambil spm dan mendapat sijil spm, anda boleh mendaftar mana-mana subjek dlm spm walaupun satu subjek sahaja. sekiranya calon gagal bm, anda hendak mengambil subjek bahasa melayu dan juga subjek yang anda hendak ambil.

  9. farah Avatar
    farah

    bila keputusan bagi spmu julai 2011 keluar?????

    1. beliamuda Avatar

      @farah, tiada maklumat lagi buat masa ini.

  10. zulfar Avatar

    bila keputusan bagi spmu julai 2011 keluar?????

    1. beliamuda Avatar

      @zulfar, setakat ni tak tahu lagi bila keputusan SPMU Julai 2011 keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge