Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2010 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2011 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 pula, pendaftaran telah pun dibuka sejak 1 Februari 2011 yang lalu sehingga 31 Mac ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.

Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Anda boleh merujuk di sini untuk tarikh SPM, SPMU dan STAM 2011.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

beliamuda: Bagi yang nak ambil SPMU tu, cepat-cepatlah mendaftar. Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPMU ialah 1103 Bahasa Melayu dan 1449 Matematik sahaja.

Comments

60 responses to “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka”

  1. […] [Terbaru: Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 telah dibuka] […]

  2. Jegg Avatar
    Jegg

    ok…saya jeg…nak tahu ni,bolehkah saya ambil SPMU kalau saya lepasan SPM 2008???

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @Jegg, boleh. sila pergi ke jpn atau ppd yg berdekatan untuk pendaftaran

  3. Nur Qasya Avatar
    Nur Qasya

    saya nak tanye masih dibuka ke pendaftarn untuk calon SPM persendirian??

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      Nur Qasya, pendaftaran dibuka sehingga 31 march ni. sila pg ke jabatan pendidikan negeri atau ppd yg berdekatan untuk pendaftaran spm

    2. beliamuda Avatar

      @Nur Qasya, yup, masih dibuka.

  4. amin Avatar

    mcm mne nk daftar spm ulangan

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      amin, sila pergi ke jabatan pendidikan negeri atau ppd yang berdekatan untuk pendaftaran. pendaftaran masih dibuka sehingga 31 march ni.

    2. beliamuda Avatar

      @amin, boleh daftar di JPN.

  5. hasif Avatar
    hasif

    salam..nk tnya..apa beza spmu n calon spm persendirian.? sy nk ulang smua subjek spm..mcm mna ya.?

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      hasif,spmu hanya menawarkan subjek matematik dan bahasa melayu aje. sekiranya anda mahu ulang semua subjek, pergi ke jabatan pelajaran negeri atau pejabat pendidikan daerah (ppd) yang berdekatan untuk minta borang pendaftaran spm calon persendirian.

    2. beliamuda Avatar

      @hasif, SPMU adalah ulangan yang diambil dalam bulan Jun/Julai. Hanya dua paper ditawarkan iaitu BM dan Math. Calon persendirian boleh ambil SPM macam calon biasa di sekolah, tapi perbezaan dari segi pembelajaran dan yuran.

  6. alieyah Avatar
    alieyah

    kalau nk amik math & english???

    1. jegg Avatar
      jegg

      @alieyah, ok alieyah…tengoklah reply from peros to hasif…it’s the answer

  7. jegg Avatar
    jegg

    Kalau daftar sebagai calon persendirian,beerapakah bayaran pendaftaran dan untuk subjek?

    1. beliamuda Avatar

      @jegg, untuk bayaran yuran, boleh rujuk dengan JPN atau laman web KPM. Bayaran calon persendirian lebih mahal daripada calon sekolah.

  8. jegg Avatar
    jegg

    ada bayar ke jadi calon persendirian tu?

    1. beliamuda Avatar

      @jegg, yup. ada yuran yang dikenakan.

      1. jegg Avatar
        jegg

        @beliamuda, berapa yuran tu oh?untuk sabtu subjek,ataupun ada tak laman web yang menyatakan tentang yuran tu?leh bagi tak

        1. jegg Avatar
          jegg

          @jegg, ok ok ok…dah dapat dah…lupa tengok yang di atas…sory

  9. jegg Avatar
    jegg

    dah download tek…tapi ianya untuk SPMU…cuma yuran MM ngan BM jak..

  10. ziana Avatar
    ziana

    mcmnerr erk na daftar pape july ??

    1. beliamuda Avatar

      @ziana, daftar di JPN/PPD.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge