Harga RON97 Naik 10 Sen Lagi Mulai 1 Februari 2011

Salam sejahtera buat semua.

Otak tengah serabut fikir nak balik ke tak Tahun Baru Cina ni, masuk pulak berita kenaikan harga minyak RON97 (lagi) sebanyak 10 sen mulai jam 12 malam, 1 Februari 2011. Ini memang kenaikan rutin (sebab belum pernah ada penurunan lagi sejak empat kali naik) berdasarkan semakan harga minyak yang tidak dikawal dengan subsidi oleh kerajaan.

Dengan kenaikan sebanyak 10 sen mulai tengah malam ni, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. RON95 juga pernah mengalami kenaikan harga pada 4 Disember lalu.

Sumber dipetik daripada Malaysiakini

beliamuda: Kebetulan je kenaikan ni selepas PRK DUN Tenang

Comments

16 responses to “Harga RON97 Naik 10 Sen Lagi Mulai 1 Februari 2011”

  1. namia Avatar

    dri naik kan harga minyak ada baik nya kerajaan bantu pelajar dan rakyat malaysia yang dalam kesusahan di mesir secepat mungkin

  2. aizuddin Avatar

    suratan atau kebetulan?

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, suratan yang menjadi kebetulan… >_<

  3. sazali yusof Avatar

    Eerr.. duit habis kat DUN tenang apa lagi diorang collect la kat minyak.. makin parah la.. ku nak keluar macamni..

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Muhammad Hanifi, Muhammad Hanifi. Muhammad Hanifi said: Harga RON97 Naik 10 Sen Lagi Mulai 1 Februari 2011 http://selangorbloggers.com/read/20104 […]

  5. megat Avatar

    huh 10 sen banyak tu. apsal tak naik singgit je terus. [bengang]

    1. nash Avatar

      @megat, betul tu.. baik naik singgit terus.. hehehee

      1. Pisyek Avatar

        @nash, nanti miskin terus korang, jadi ini sebagai langkah miskin sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. hehe.. 😀

  6. Que Avatar

    Itulah die kelebihan hari wilayah..pekejadah sume ni..harga naik belake

  7. ST Avatar

    Rutin tu yang best… nanti naik lagi kowt… huhu.

  8. iwan Avatar
    iwan

    RON 95 KEMUNGKINAN AKAN DINAIKKKAN SEBAIK SAHAJA PENGUNDI BN DI MERLIMAU MENGUKUHKAN BN. BERSEDIALAH..

  9. anastasyea Avatar

    harga minya RON97 naik .. harga barang pun pati akan naik juga .. =(

  10. jojo Avatar

    huh~~para engineer dah kena study balik minyak kelapa sawit tukar minyak petrol…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge