Harga Petrol RON 97 Turun 20 Sen Mulai 5 Julai

Salam sejahtera buat semua.

Petrol Naik Harga

Berkuat kuasa tengah malam 5 Julai 2012, harga jualan runcit petrol RON 97 akan diturunkan sebanyak 20 sen kepada RM2.60. Penurunan ini adalah sekali ganda berbanding 6 Jun lalu yang sebelumnya diletak pada harga RM2.90.

Rasanya sejak harga mencecah RM2.90 sebelum ni, semakin banyak pengguna setia RON 97 mula beralih ke petrol RON 95.

Continue reading

Pam Minyak Petrol RON95 Dengan Henpon Mahal

Salam sejahtera buat semua.

Pam dengan henpon

Sebelum memulakan perjalanan kembali ke UTP awal pagi tadi, destinasi pertama dituju adalah stesen minyak. Tangki minyak kereta haruslah dipastikan berisi.

Kebetulan menunggu giliran untuk mengepam minyak petrol, kereta dihadapan menggamit perhatian kerana nombor plat G1M (Gagasan 1Malaysia) yang digunakan. Di bahagian bawah plat tersebut adalah tertulis ā€œGod Iā€™m Muslimā€. Jadi, saya keluarkan henpon dan merakam sekeping gambar.

Harga Minyak RON97 Diturunkan 10 sen kepada RM2.80

Salam sejahtera buat semua.

Lewat petang tadi, terdapat khabar yang mengatakan bahawa harga petrol RON97 bakal diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.80 pada jam 12 tengah malam 16 Jun 2011.

Berita penurunan harga minyak RON97 ini kemudiannya telah dilaporkan dalam siaran Buletin Utama TV3 siaran jam 8 malam, 15 Jun 2011. Jadi, berita penurunan harga minyak RON97 telah pun disahkan.

Continue reading

Harga Minyak Petrol RON95 Bakal Disemak Semula Jun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Khabar angin tentang kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan bakal berlaku sekitar awal Jun nanti dilihat semakin hampir menjadi nyata. Perkara ini ditambah lagi dengan kenyataan terbaru daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri semalam, harga minyak RON95 berserta dengan beberapa lagi produk berasaskan petroleum yang lain (seperti LPG) akan disemak semula harganya berdasarkan pelan rasionalisasi subsidi oleh PEMANDU.

Continue reading