Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

Salam sejahtera buat semua.

30 Januari 2011 menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) ke-14 yang diadakan buat kali pertama di negeri Johor. PRK 14 ini diadakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5). Pilihan Raya Kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

  • 14,753 pengundi berdaftar.
  • 14,735 pengundi biasa.
  • 18 pengundi pos.

Lagi fakta dan info PRK Tenang (N5).

PRK DUN TenangKeputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 11 & 12 bagi DUN Tenang (Malaysiakini.com)

*****

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihan Raya Kecil Tenang

5:00 Petang: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang diutup.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

5:40 Petang: Kotak undi dibawa ke dewan serbaguna Majlis Daerah Labis untuk penjumlahan undi.

6:15 Petang: BN – 115 PAS – 3 (undi pos) – Twitter

6:30 Petang: BN – 634 PAS – 1,136

6:40 Petang: BN – 3,737 PAS – 1,692

6:50 Petang: BN – 4,420 PAS – 2,033

7:o0 Petang: BN – 4,771 PAS – 2,132

7:15 Petang: BN – 4,923 PAS – 2,609

YB Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS (Twitter) mengucapkan tahniah kepada BN diatas kemenangan.

7:20 Petang: BN – 6,698 PAS – 2,963 | Rosak – 35 undi | Majoriti – 3,735 undi (Keputusan tidak rasmi)

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Azahar Ibrahim Barisan Nasional 6,698
2 Normala Sudirman PAS 2,963

Sumber: Malaysiakini dan twitter mkini_bm

Keputusan Rasmi PRK DUN Tenang (N5)

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi – meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Mohd Azahar Ibrahim (BN) – 6,699 undi | Normala Sudirman (PAS) – 2,992 undi | Majoriti – 3,707

Keputusan rasmi PRK DUN Tenang

Kredit kepada Malaysiakini

beliamuda: Selamat menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada YB Tok Ai.

30 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

  1. Kita orang melayu islam tak habis habis bincang perkara yang banyak tak berfaedah. Kenapa kita tak utarakan keadaan ekonomi dan penempatan orang melayu islam dinegara kita yang tertinggal dibelakang dengan bangsa-bangsa lain

  2. rasa2nya Puan Mormala berhenti dari mengajar dgn ikhlas dan utk memberi tumpuan pada parti (PAS) yang memperjuangkan Islam yang akan memartabatkan ‘addin’- satu cara hidup manusia sebenarnya. kita hanya berusaha dan berdoa, tapi ALLAH yg menentukan.Nasir Isa telah salah mentafsir ‘perjuangan ‘ Hukum manusia boleh berkata sesama manusia ‘padam muka’. Itu biasalah jika dah tak suka pada seseorang. Sekiranya kita tidak sedikit pun ingin mendaulatkan ugama kita(Islam)malah memperlekehkan lagi, itu sebenarnya hati kita dah mati. Mati dalam erta kata benci pada Islam. Na’uzubillah! Kekalahan PAS di Tenang bersifat sementara. Dalam makna lain Kemenangan PAS ditangguhkan buat masa ini.

  3. rasa2nya Puan Mormala berhenti dari mengajar dgn ikhlas dan utk memberi tumpuan pada parti (PAS) yang memperjuangkan Islam yang akan memartabatkan ‘addin’- satu cara hidup manusia sebenarnya. Kita hanya berusaha dan berdoa, tapi ALLAH yg menentukan. Nasir Isa telah salah mentafsir ‘perjuangan ‘ Hukum manusia boleh berkata sesama manusia ‘padam muka’. Itu biasalah jika dah tak suka pada seseorang. Sekiranya jika kita tidak sedikit pun ingin mendaulatkan ugama kita(Islam)malah memperlekehkan lagi, itu sebenarnya hati kita dah mati. Mati dalam erta kata benci pada Islam. Na’uzubillah! Kekalahan PAS di Tenang bersifat sementara. Dalam makna lain Kemenangan PAS ditangguhkan buat masa ini.

  4. mcm nilah pada sy pati yg boleh kurngkan kemiskinan , kurangkan maksiat,mat rempit,tmp judi, karoke,dan mcm2 lagi benda yang x elok dan tak terikut2 org kpir adalah lambang Islam serbenarnya pati melayu sebenarnya

  5. Mana2 parti yang berjaya mengurangkan maksiat, mengurangkan judi, karoeke, mat rempit, rasuah, minum arak dan sebagainya adalah satu parti yg boleh dihotmati. kemenangan BN di Tenang , bolehkah dapat mengurangkan yg disebut diatas. Setakat ini orang di DUN Tenang masih belum bersedia untuk berubah dari ‘keserabutan’ hal ehwal negara kepada ketaqwaan.

  6. Saya mencadangkan PAS dan UMNO bersatu agar Islam di Malaysia tidak umbangkan oleh orang yangtak seiman

    • @Ayu Hj. Ahmad,

      Setuju seratus peratus..berapa banyak lompong untuk mengukuhkan kedudukan Islam,dieksplotasi dek kerana pegeseran antara parti melayu terbesar di Malaysia ini..

      UMNO ada kekurangan,terutama bahagian ruhi..PAS ada kekurangan,terutama pentadbiran..digabungkan,kan molek tu..

      btw,masih tidak gemar pada orang yang pandai bercakap,tapi tak buat..Menyalahkan orang,tapi dia juga buat..

      astagfirullah..moga dijauhkan sifat tersebut
      aminbaek´s last blog about ..OffMy Profile

      • @aminbaek,
        Saya memang benar2 setuju cadangan dari Tuan. Sesungguhnya saat begini telah lama saya nantikan dan diharap akan menjadi kenyataan satu masa nanti. Insya’Allah.

  7. Tapi satu sahaja sikap yang perlu dibaiki sebelum bekerjasama, buangkan sikap tamak haloba terhadap perhiasan dunia. Buktikan yang kita semua benar-benar ingin mengangkat ISLAM dinegara kita setingi-tingginya.

  8. Haha..matsempoi..
    wak nk ddahkan pnyelewengan kt klantan cba la gtaw tngok.??
    meh snie sya nk dedahkan pnyelewangan bn di malaysia..
    bkan di kelantan saja..satu malaysia..
    kta tngok spa yg bnyak lg seleweng duet dan rasuah..

    • @SPP,
      Wahai SPP, penyelewengan BN berlaku tidak berapa mengecewakan krn BN ‘Bodoh’ agama. Penyelewengan PAS berlaku amat menegecewakan kerana PAS ‘Cerdik’ agama. Yang paling besar sekali, apa hukum tok guru anda menghadiri majlis membakar ‘Tok Cha’ atau sami buddha yang mati dn apa hukum tok guru anda menyampaikan kain oren kepada kuil Buddha???????? Saudara SPP pergi cari hukumnya sendiri didalam apa saja kitab yg layak dibuat rujukan. Saudara SPP bagilah sendiri apa saja label yang selayaknya kepada tok guru saudara berpandukan hukum2 Islam. Ingat, zaman Rasulullah pun banyak yang meninggal didalam kafir. Adakah saudara SPP fikir zaman sekarang lebih Islam berbanding dengan zaman Rasulullah SAW. Renung2 kan dn selamat beramal…………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge