Salam sejahtera buat semua.
Sakit hati aku
Menanti ucapan manis darimu
Sekadar minta diingati
Tapi kau terlupa!
Kau kata bukan sengaja
Kalau mulut kata sayang
Itu bukan alasan
Maaf kau pohon
Namun berat hatiku mahu menerima
Tapi kau bernasib baik
Masih kau ingat memori lama
Madah panjang yang kau tulis
Siap cakap-speaking lagi
Nasib baik tiada kecek-pelawok
Ku terhibur dalam duka
Ah, dah tak mampu aku nak bermadah panjang-panjang. Cukup sekadar apa yang aku merepek di atas buat balasan orang di sana. Bukan main manis lagi mulutnya. “Maafkan aku sayang: Aku bukan sengaja, cuma terlupa”. Banyak la kau punya hensem nak lupa! Hahahahaaaaa…
*****
Kalau ada yang masih tak faham dengan apa yang diperkatakan di atas, anda boleh baca melalui pautan yang telah disediakan di atas. Boleh juga kalau nak dengar serba sedikit cerita tentang gerangan si Penaberkala ini.
Aku sendiri tak perasan dan sedar bila dia mula ada blog, tapi dia kata aku antara yang terawal membaca blog dia. Jap cuba ingat semula… Hmm, mungkin kot. Hehehe…
Apa yang aku suka dengan blog dia adalah stail penulisan dia yang buat aku rasa kagum apabila dibaca. Serius jeles kot. Ayat punya baik. Boleh tulis panjang-panjang pulak tu. Mungkin itu normal bagi orang kidal seperti dia. Dia memang kidal. Mestilah aku kenal. Sekelas dengan dia ok. 🙂
Asyik panggil nama Penaberkala je. Kita tukar kepada nama dia pulak. Nama dia Khairul Anuar, aku panggil Anuar je. Memang dah kenal sejak zaman-zaman muda di UTP lagi. Sekarang dah masuk alam Final Year. Kami dalam satu kelas majoring yang sama, Process Control.
Anuar sedang khusyuk memberikan tunjuk ajar dalam sesi lab IACS.
Dengarnya dah not available. 😛
Mungkin ada yang tidak tahu, ada dua entri dalam blog beliamuda {dot} com ni adalah kepunyaan Anuar a.k.a Penaberkala. Boleh dikatakan dia juga adalah salah seorang penulis di blog ni.
Blog
“When voice become visible, muteness become readable“
Facebook Page | Twitter | Penulis Jemputan
Apa Kata Blogger Lain Mengenai Penaberkala?
Ewah-ewah, encik Anuar kita ni pernah dikomen oleh blogger lain rupanya.
…memaparkan seorang Blogger yang pada pandangan aku merupakan seorang yang begitu patriotik sekali. Khairul Anuar atau Penaberkala. Aku sering ke Visible Voice, membaca entry-entry saudara khairul yang bersemangat dan terkandung falsafah yang tersendiri. Mari kita hayati beberapa falsafah beliau yang membuatkan aku kagum dengan “perjuangan dalaman” beliau ni…
Patriotik. Memang diakui setiap entri Anuar ni akan ada terkandung falsafah yang tersendiri. Kalau tak percaya, boleh cuba baca salah satu entri yang ditulis oleh beliau dan tersemat dalam blog ini di “Analogi Air Batu Campur (ABC) Dalam Mendepani Kehidupan Masyarakat Majmuk”.
Sop paling suka dengan blog VISIBLE VOICE ialah cara penulisan beliau. Cara penceritaan yang pelbagai bentuk dan jenis. Setiap entry kebanyakkan menggunakan cara pengolahan ayat yang berbeza. Oleh itu, didapati setiap entry blog VISIBLE VOICE akan mendapat banyak komen dari rakan-rakan.
Ini yang paling gua jeles. Memang tak dapat nak tiru bakat asli penulisan Penaberkala ni. Ayat yang ditulis memang diolah dengan cara yang berbeza-beza. Panjang pulak tu. Komen pun boleh tahan banyak. Dengki sangat sebab kat sini dah jarang dapat komen. Ok, itu sebab gua malas. T_T
Penaberkala dan Badminton
Dua buah video Anuar sedang beraksi dalam permainan badminton, beregu bersama-sama Farhan, satu edisi hitam putih dan satu lagi edisi berwarna. Jangan tak tahu, Penaberkala ni selalu juga turun main badminton. Maaf, kualiti video kurang memberangsangkan sebab dirakam dalam format 3gp je.
Tapi sayang, hari ni dapat tahu raket nano speed Anuar telah pun patah. Cerita sebenar kena tunggu si tuan empunya badan bercerita. Takpe, jangan sedih bro, nanti kita sama-sama pergi cari yang baru. Aku pun nak beli satu raket baru. Tapi kita tunggu duit MARA masuk dulu la ya…
Nota ringkas untuk Penaberkala
- Repekan di atas sekali tu adalah tulisan balasan sebagai wakil blog. (^_^)v
- Mana bookmark untuk aku yang Ikin bagi tu? (-_-)?
- Bila nak sumbang tulisan kat sini lagi? 😛
- Besar maknanya kepada penjenamaan apabila orang panggil dengan nama yang digunakan di alam maya. ~(^o^)~
- Jom sambung kerja-kerja akademik yang tertangguh!
beliamuda: “kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali”
nice one ah penaberkala… dia pemes kot kat UTP… dah la berbadan sasa
TenangSudey´s last blog about ..Perkembangan Kebangkitan Rakyat di Libya
@TenangSudey, haha, PB denga statement ni dengan keadaan teruja dan tertanya2 siapakah ini.. hehe.
peminat penaberkala. ritu nampak dia n da geng pekena nasik lemak kat tepi jalan.hehe
not available??melepas~haha
mirae_ok´s last blog about ..Salam proposal tidor tak lena makan tak kenyang mandi tak basah
@mirae_ok, ni Kak Mira yang dia sebut dalam entri tu eh? Selamat berkenalan. 🙂
@beliamuda, salam kenal jugak.kak mira??adik mira kot..hehe
mirae_ok´s last blog about ..Salam proposal tidor tak lena makan tak kenyang mandi tak basah
@mirae_ok, eh2, silap baca kat blog PB. Dia panggil cik Mira rupanya. Hehe.. Ingatkan dia panggil kak Mira. 🙂
dh x available??fuyoooo hahah..eh, x dpt lg bookmark tu?keh3
hazwan´s last blog about ..Tanah Tumpah Darah Ku- Malaysia 2 Pakistan 0
@hazwan, haha, itu yang aku dengar la. hikhik.
ps: tak dapat lagi la… lupa nak bagi kot…
mai nk respon sikit kat nota ringkas tu
1. jadi molek balasan di atas tuh. Kemah-keming
2. Haha, lupa nak bagi bos. Tinggal kat rumah, balik midsem kawe ambek
3. InsyaAllah kalau diberi kesempatan dan peluang akan ada lagi penulisan yg tak seberapa akan ditulis khas di blog ini.
4. penjenamaan blog ni, beliamuda.com lagi mantap. Tahniah bro
5. Jom1 Bloging-bloging gak, blajar jgn lupa,haha
penaberkala´s last blog about ..MAAFKAN AKU SAYANG – AKU BUKAN SENGAJA- CUMA TERLUPA
@penaberkala, hehe. terima kasih di atas respon2 anda ini. 🙂
en tenang sudey pun hebat gak
kawe kenal dia, abi aiman presiden firc 2009
penaberkala´s last blog about ..MAAFKAN AKU SAYANG – AKU BUKAN SENGAJA- CUMA TERLUPA
dah lama tak singgah di kedua-dua blog yang dulunya menjadi bacaan setiap hari..
sekarang rajin baca blog KP je. (heheh). jadi silent reader.
keep on writing, incik PB & incik BM! nanti dah habis belajar boleh jadi kenangan..
ikin´s last blog about ..warehouse- im in love!
@ikin, ehem2. silent reader pun jadi la. saya pun dah lama tak gi blog ikin.
@beliamuda, blog saya dah hilang semangat..
ikin´s last blog about ..warehouse- im in love!
@ikin, thanks la jadi member alam maya pertama kat blog visible voice
tak sangka plak entri ni jadi tempat reunion,haha
semuanya dalam kenangan, kalau dulu sempat berseloroh kat ruangan komen kan?
yeah, beliamuda, kalampatah, semua classmate utk final year
PROCESS ANALYSIS AND CONTROL
mereka byk kot kasik tunjuk ajar, maklumla ambo NOOB sikit bab2 it ni
@penaberkala, good old times, kan?
saya pun semakin sibuk dengan tugasan warehouse yang menjadi pemberat paling banyak semester ni.. plus, student transport banyak keluar untuk assignment lapangan..kalau dulu paper objektif je, bolehlah melayan blog tetiap hari.. siap sempat blogrunning & spam blog BM lagi..
haha.. whatta sweet memories even in this virtual world..
(the best thing i like from PB is you love to reply comments no matter how.. but long entry doesnt meant its a good entry).
blog is second. study is our first priority, kan? good luck, PB, PP, BM & KP!
ikin´s last blog about ..warehouse- im in love!