Duit Dinar Emas UTP

Salam sejahtera buat semua.

Dinar emas UTP

Pada awal minggu ni, saya telah berkesempatan untuk ke Financial Department di bangunan Kompleks Canselor, bersebelahan IRC UTP. Kebetulan teman kawan-kawan pergi membayar yuran asrama untuk minta dilepaskan keputusan peperiksaan mereka yang masih ditahan.

Berdekatan dengan pintu masuk ke tempat ni, ada satu kabinet yang menempatkan segala cenderamata dan cenderahati (apa beza dua ni eh?) yang berkaitan dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Yang paling menarik perhatian dalam kabinet tersebut adalah dinar emas. Ya, dinar emas kepunyaan UTP. Dinar emas yang dikeluarkan khas oleh Alumni UTP. Siap ada logo UTP lagi atas dinar emas tu dan satu lagi ada gambar Kompleks Canselor..

Dinas emas UTP ni mempunyai ketulenan 999.9 dengan berat 4.5 gram dan berdiameter 23mm. Harga dinar ni mengikut harga emas semasa di pasaran dan sekali dengan kos pengurusan sebanyak RM25.

beliamuda: Punya lama kami usya kabinet tu sampai ada mak gad yang tegur nak beli ke… ^_^

Comments

8 responses to “Duit Dinar Emas UTP”

  1. TenangSudey Avatar

    Memang nice dinar emas ni… tapi tak ramai yang tahu ada benda nih.. :)-

    1. beliamuda Avatar

      @TenangSudey, haha. aku pun tak tau awal2 tu. lepas gi kat sana baru tahu.

  2. Farid Avatar

    Niceee. boleh la beli kat sini je. tak yah susah2 cari kijang emas kat maybank

  3. PutraRocker Avatar

    tak ikut spesifikasi ni..kekeke

    1. beliamuda Avatar

      @PutraRocker, a’ah, memang tak ikut spec pun. lain sangat la.

  4. mizi Avatar

    panjang cerita ttg dinar emas ni, masih ada percanggahan berat dan purity, ad kate berat 4.25gram, ad kate berat mesti lebih 4.44gram, ada kate emas 916 dan ad yg kate 999

  5. mizi Avatar

    ikot standart world islamic mint, 1 dinar = 4.25gram emas 916 berdiameter 21mm

    ikot standart khalifah umar, 1 dinar = 4.25gram emas 916 diameter 23mm

  6. […] untuk tahu lebih lanjut. Lepas tu, makin banyak pulak orang promo pasal dinar emas ni. UTP pun ada keluarkan dinar emas […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge