Salam sejahtera buat semua.
Sejak Wordpess 3.0 dilancarkan minggu lepas, satu benda yang jelas dikenal pasti mengalami perubahan ketara ialah warna pada paparan utama (dashboard). Kalau dulu warna kelabu gelap, kini warna tersebut ditukar kepada warna kelabu yang lebih lembut.
Salah satu tetapan yang telah ditambah ialah eksport fail entri WordPress yang kini lebih maju berbanding dulu. Kalau dulu hanya dengan satu pilihan tapisan sahaja iaitu melalui pilihan penulis (author) berbeza, kini tapisan itu telah ditambah kepada pilihan tarikh, penulis, kategori, tag, jenis kandungan (post dan page), dan status (draf, publish, private).
Tetapan ini asalnya adalah daripada plug in Advance Export yang telah diintegrasikan ke dalam kod utama WordPress mulai WP 3.0. Saya baru sahaja perasan perubahan ini semasa ingin memuat turun fail entri sebagai sandaran (backup).
Kebaikan tetapan eksport lebih maju:
-
Fail entri boleh diasing dengan lebih kepada fail-fail kecil terutama bagi sebuah blog yang mempunyai entri yang sangat besar (fail eksport saya sekarang bersaiz 13MB).
-
Dengan fail lebih kecil, masalah time out dapat dikurangkan terutama pada blog yang dihoskan di server yang tidak mampu menampung masa memuat turun yang lama.
-
Fail yang kecil ini juga memudahkan proses memuat naik semula fail sandaran ke server yang kadang kala juga mudah untuk mengalami masalah time out.
-
Ada sesetengah server telah menghadkan saiz fail yang boleh dimuat naik daripada fail sandaran (ada yang mengehadkan kepada saiz di bawah 5MB). Kalau dulu kena potong secara manual daripada fail sandaran yang besar, kini dengan fail yang lebih kecil, masalah ini dapat dikurangkan.
-
Fail entri dapat diasingkan mengikut penulis dan ini bagus untuk blog yang ramai penulis yang penulisnya mahu memuat turun sandaran kepunyaannya sahaja.
beliamuda: Lepas ni nak muat turun sandaran mengikut tahun (atau bulan). Dah tak perlu nak muat turun fail yang besar setiap kali nak buat sandaran. Nak masukkan dalam WordPress yang dipasang dalam laptop pun senang.
heh aku suka ayat sandaran tu 😀
backup
masa aku nak ambik data dari blog sedia ada nak masuk dalam offline ver aku temui benda ni 😀 so aku ambik sebulan cukup haha
TMUkmkd´s last blog about ..FullCircle 38 Dilepaskan
@TMUkmkd, ayat kamus dewan kot tu… ^_^
aku download tengok saiz gak la. time awal (masa tak aktif dulu) aku amik tahun. masa dah aktif baru wat ikut bulan, tapi still amik yang tahun gak. Kalau server tak leh saiz yang tahun tu baru guna yang bulan.
@beliamuda, heh aku guna yang sikit2 je sebab aku rasa ust nak buat contoh je
p.s aku guna chrome 6 dan masa aku tulis komen ni kotak komen ni terkeluar sampai
kotak komuniti
TMUkmkd´s last blog about ..Firefox 366 Dilepaskan
@TMUkmkd, pasal theme tu, mmg banyak masalah sikit pun. dalam proses nak tukar.. ~_~
@beliamuda, owh dalam proses gak 😀
hehe aku pun dah siapkan theme untuk tmublr.syafiq.net tapi tak release lagi 😀
masih tak dapat kebenaran tuan punya theme untuk diubah nama 😀
TMUkmkd´s last blog about ..Firefox 366 Dilepaskan
@TMUkmkd, aku mmg nak tukar terus pun. dah setahun lebih duk pakai theme ni. aku ni bukan reti sangat pun edit theme.
ps: o0o.. ni la tmublr tu… aku punya la cari tmublr.com.. haha~
Aku suka fungsi custom post type dalam WP-3.
Lagi satu boleh buat multisite guna WP-3. Bagus utk kalau ada bnyk blog WordPress sebab boleh handel semua tu guna satu code base je.
Max Monic´s last blog about ..WordPress 30 available for download
@Max Monic, yg custom post type tu, aku tak reti lagi. ada link ke apa untuk rujukan?
@beliamuda, Ni link salah satu tutorial http://kovshenin.com/archives/custom-post-types-in-wordpress-3-0/
Custom Type tu lebih kurang camni, katalah ko ada blog pasal movie, jadi ko boleh buat post type kepada beberapa bahagian seperti
-post untuk blog post biasa
-post untuk review movie
-post untuk trailer
dekat setiap custom post tu ko boleh define field2 ikut function yang ko nak dan boleh gak di style kan setiap custom post supaya setiap post ada style css yg tersendiri.
Jadi pasni kalau nak add trailer, just pilih post jenis trailer yang dah ade ruangan untuk masukkan vvideo trailer siap2.
Max Monic´s last blog about ..WordPress 30 available for download
@Max Monic, ok. thanks ya~
aku ingat kan fail=gagal..patut r rase pelik je bace tajuk entri ni haha
hazwan´s last blog about ..Cocok Hasan-
@hazwan, haha.. BM habeh ni.
I see.. x pernah import export lagi dari wp3 ni.. baru tahu pasal benda ni (WP tak highlight pun).. thanks for sharing..
@Khai, tu la. WP tak highlight kan. at least memudahkan urusan nak backup. Lain kali tak payah nak donlod semua.
skrg ni aku dh stat berjinak2 dgn wordpress..pergghh mmg pening kepala ni..hehe
x-po´s last blog about ..PELIKKAH LELAKI TIDAK MINAT TENGOK SUKAN?
@x-po, aku perasan ramai pengguna blogger yang beralih ke WP akan rasa pening sikit. kawan2 aku yang beralih ke WP, tapi pergi semula ke blogger sebab pening. Yang stay dengan WP dan go on je walaupun dah pening akhirnya setuju yang WP ni agak best jugak.
x sempat nak check bhgn nih… tp kalau ikut dari screenshot mmg best ler.. senang nak filter… senang nak kecik kan saiz backup tuh…
zam´s last blog about ..Pusingan kedua 16 – World Cup
@zam, yup. Kiranya lepas ni boleh la donlod dalam range bulanan je ke…
ini macam proses backup ke?? sandaran tu apa maksudnya dalam english??
Fitrihadi.com´s last blog about ..Kenapa Germany Menang Ke Atas England Eh Pengadil Boleh Blah-
@Fitrihadi.com, yup. ni kiranya kita donwload fail backup untuk entri kita dalam format XML. Nanti boleh guna function import untuk upload balik.
ps: sandaran adalah bahasa kamus dewan untuk backup.
@beliamuda, oh baru faham.. thanks bro
Fitrihadi.com´s last blog about ..Lady Gagal Jatuh Lagi Alahai…
@Fitrihadi.com, beyeh. no hal~
aku pun baru upgrade 3.0..features ni memudahkan sebab fail lebih kecik..
yoy´s last blog about ..Tutorial Facebook Comment In Your Blog
belum upgrade lagi sebab belum bersedia dgn wp 3.0
@Wan Perlis, memang banyak perubaha, tapi dari segi pengalaman penggunaan, tidak banyak bezanya.