Tag: wordpress

  • Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.4

    Salam sejahtera buat semua.

    WP 3.1.4

    Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.4 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih pepijat yang membolehkan pengguna tahap Editor mendapat akses lebih luas dalam laman WordPress.

    Selain itu, kemaskini ini juga membaik pulih beberapa masalah sekuriti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti. Bagi laman berbilang penulis dan pengguna, kemaskini amat digalakkan. Versi terbaru ini adalah kemaskini untuk kesemua versi terdahulu WP.

    (more…)

  • HTC Desire S: Aplikasi Wajib Pasang

    Salam sejahtera buat semua.

    Banner Apps Wajib HTC Desire S

    Tidah kena kalau pakai telefon pintar tetapi tidak menggunakan aplikasi yang boleh ditampung dan disediakan untuk gajet tersebut. Apatah lagi jika anda adalah seorang blogger ataupun pengguna tegar media sosial seperti Facebook dan Twitter. Lebih menarik lagi, kebanyakan aplikasi ini adalah percuma untukk digunakan.

    Dalam entri kali ini, saya ingin menyenaraikan beberapa aplikasi yang pada saya wajib ada dalam telefon pintar anda bagi memudahkan urusan anda dan memenuhi kehendak gaya hidup sosial anda.

    (more…)