Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

165 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

  1. Salam,nak tanya lepas matrik ade ker biasiswa yang ditawarkan untuk sambung ker U?ade ker yang da kuar?risau jgk bile kwn2 ckp dorang da apply biasiswa jpa mase time matrik lagi

  2. assalamua’laikum semua…jangan berputus asa…bagi adek2 lepasan spm…form 6 pun btter 🙂

  3. Agak2 ngkorang… bile keputusan rayuan UTM kluar? habis bile tarikh daftar untuk rayuan tu kalau dpt? hmmm…

  4. salam… saya dulu ambil kos ukur tanah di poli..kalau sambg U amik kos yang luar dari bidang yang saya ambil tu blh ke??

  5. @nur azmiera

    ntah la.. cam sy ukur tanah kat poli gak.. skarang mintak sains geoinformatik. kos ni berkait gak ngan ukur tanah.. tp xde bab2 pegang alat pun… die lebih kepada programming utk geo..
    cuba la.. bgus kos nie..
    x pun.. kalau btol2 nak kos yg luar ukur tanah.. apply je kat IPTS…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge