Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

165 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010”

  1. nz Avatar
    nz

    npe yg utm pnye xley nk bkak ea…..???

    1. beliamuda Avatar

      @nz, untuk UTM, pautannya ada, tetapi tidak dapat membuat semakan dan ditutup. Sila bersabar buat masa ni.

  2. nurshah Avatar
    nurshah

    saya nk tau fasa 2 tuh blan julai an….
    so nk kene wat rayuan baru kew x payah erk?????
    plezzzz reply ok

    1. borat Avatar
      borat

      @nurshah, tak pyh…

  3. mira Avatar
    mira

    tau xpe…xdpt gak nih.tgl poli jek,huuhu

  4. adib Avatar

    salam..
    nak tnye,klu kte dah trime untk usm kt dah xdpt twrn upu laen ye?

  5. man Avatar
    man

    knapa yg uitm pnya asyik kuar yg keputusan permohonan sja????????aku nak cek yg keputusan rayuan……tlg spa2 gtaw aku…plzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…aku nak cek yg ryuan uitm mcm na?????????????

  6. zahid Avatar
    zahid

    sape2 yang agak2 xdpt gak rayuan upu ni call sy k untuk kemasukan program uitm di kampus bersekutu uitm.. confirm dpt kerja juga selepas tamat pengajian..syarat yang ditetapkan pihak uitm..
    – bumiputera.
    – 5 kredit.
    – b.melayu, matematik & english wajib kredit.
    kami menawarkan diploma uitm & skm..
    jaminan kerjaya selepas tamat pengajian. kampus di afamosa resort, melaka..
    untuk pelajar yang melepasi syarat uitm tetapi tidak berpeluang melanjutkan pengajian di kampus induk uitm..
    mari lah sama2 membantu anak2 melayu yg berminat untuk melanjutkan pengajian tapi x berpeluang ke upu.. sebarang persoalan blh terus menghubungi saya di talian..

    017-6485408 en zahid..

    1. atie91 Avatar
      atie91

      @zahid, klu hyer bi jer xkredik..dpt x????

      1. zahid Avatar
        zahid

        @atie91, blh..bm wajib kredit, bi & mm lulus jer blh tp kena mula dgn pra diploma 6 bln..just call me k.. pendaftaran untuk intake disember dah buka..

    2. gia Avatar
      gia

      @zahid, terbuka lg ke twrn???? sy da check rayuan,x dpt =(
      tuk course degree ade x,lepasan stpm????
      reply me ASAP plsssss….=(
      kat melaka ada course apa je???

      1. zahid Avatar
        zahid

        @gia, kena tgok result stpm awk.. just call me for more info k..

        1. asyurul Avatar
          asyurul

          @zahid, Ada kos untuk lepasan STPM tak?
          saya berminat.

  7. satis Avatar
    satis

    bila pautan untuk utm akan dibuka??

  8. Faris Rashid Avatar

    Ble keputusan temuduga medsi akn dibuka?

  9. yenn Avatar
    yenn

    astga susa o mw p skul ne

  10. aku Avatar
    aku

    results lepasan stam bile ex…?? tak sabo eden menunggu nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge