KENYATAAN AKHBAR
TARIKH TUTUP PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN ( ONLINE APPLICATION )
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2009/2010
- Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian (Online Application) melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my yang telah dibuka mulai 3 Februari 2009 yang lalu.
- Calon perlu mengemukakan permohonan dengan mengguna pakai Nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan / My Kad, Kata Laluan, Nama Ibu serta Kod Imej. Pemohon boleh membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara atau menggunakan ATM (BSN) ataupun SMS Banking bagi pemegang akaun BSN sehingga tarikh tutup permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi SPM 2008 diumumkan iaitu 25 Mac 2009 (Rabu).
- Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 ialah 25 Mac 2009 (Rabu).
- Semua pemohon Lepasan SPM 2008 (Kategori A) yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA FASA 1 wajib mengesahkan permohonan mereka di FASA 2 dengan menggunapakai nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod Imej sebelum tarikh tutup permohonan.
- Justeru KPT menyarankan dan menasihati agar semua pemohon Lepasan SPM 2008 mengemukakan permohonan awal dalam usaha meningkatkan kelancaran dan mengurangkan kesulitan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka. Kaedah ini merupakan langkah pre-emptive KPT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan serta melicinkan lagi pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan sistem penyampaian perkhidmatan secara berkesan dan mesra pengguna.
- Sebarang kemusykilan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT di talian telefon: 03-88835801, 03-88835802, 03-88835858 dan 03-88835848 atau e-mel upu@mohe.gov.my.
beliamuda: sumber di atas diambil daripada laman UPU Kementerian Pelajaran Tinggi. Sila isi borang dalam talian ini sebelum 25 Mac 2009.