Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

165 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

  1. kepada sahabat2 suma..esok if rayuan bejaya..share2 la kegembiraan anda suma di sni..penantian mmg suatu penyiksaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge