Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

165 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010”

  1. Eminem Avatar

    Konfem keputusan rayuan kuaq awl jun….but sape2 yg tak dpt utk bulan jun leh check yg minggu ketiga july punya…

    1. nik92 Avatar

      @Eminem, k thanx…atas info nye..

      1. siti hajar Avatar

        @nik92, hye..

    2. az92 Avatar
      az92

      @Eminem, tp cmne lak nk check ryuan 2 dpt o x…

    3. makio Avatar
      makio

      knp ssg sgt nk check upu ni???

    4. rain Avatar
      rain

      bila boleh dapat keputusan e-Rayuan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM ???
      minggu ke-3 july ??? skarang sudah minggu ke-3, tapi masih tak dapat lagi …

  2. teruterubozu Avatar
    teruterubozu

    bile second intake uia ????
    ade sape2 tau tak ????

  3. Siti Aliah Avatar
    Siti Aliah

    cm ne nk cek keputusan rayuan upu…sye cek x jmpe pn…

    1. beliamuda Avatar

      @Siti Aliah, takleh check sebab tak keluar lagi.

  4. wafa Avatar
    wafa

    btul ke rayuan ipta kuar mggu ke3 bln julai??????

    1. beliamuda Avatar

      @wafa, tak pasti la. ada yang kata keluar hari ni.

      1. atie91 Avatar
        atie91

        @beliamuda, bper ari blan??bkan nye ni dah mgu k3 dah???ada xrayuan fasa2??espcly rayuan utk uitm…

  5. TakDAPAT IPTA Avatar

    SALAM SEMUA KEMUNGKINAN RESULT RAYUAN UPU TAU PADA 4 JUNE 2010 KAMIS NI LA…SO BAYKAN BERsabar n moga kita semua dapat masuk jgj U PILIHAN MASING2 AMIN…INSYAALLAH…

    1. Eminem Avatar

      @TakDAPAT IPTA, yup mmg betull..kuaq Jumaat,bukan khamis…

  6. teruterubozu Avatar
    teruterubozu

    nak msuk uia…sedeh rse ht…waaaaaaa~

    1. senior UIA Avatar
      senior UIA

      @teruterubozu, xpayahlah masuk UIA, menyesal kang…haha, btw skang ni mmg susah skit nak masuk UIA, quota tempatan dikurangkan utk bg ruang kpd foreigner2 dr negara2 arab…satu lg blajar UIA ni penat,jumpah jam kredit lg tinggi dari uni2 lain…penat woo…tp grad gk akhirnye…hehe

      1. nia Avatar
        nia

        @senior UIA,

        ooo..really??
        asal kwn2 saya yg dpt 2 3 a je dpt uia??
        result sy lg better dr diorg pun ta dpt..
        mne tak sedih..huhu..sobs..sobs..

        1. senior UIA Avatar
          senior UIA

          @nia, oh itu biase,ramai pakai cable org dalam, standard lah university kerajaan, time ktorang dulu pun cmtuh gak, nak sgt masukkan anak2 universiti International n Islamic, smpai main cable2..geng cable ni slalunye time matrik kene tendang ah sbb x perform results…tp harap2 kwn2 kamu x mcm tuhlah..,hehe

  7. fara Avatar
    fara

    check rayuan upu ari ni..gne sms ker?pkul bape?

    1. beliamuda Avatar

      @fara, itu tak pasti lagi..

    2. Eminem Avatar
      Eminem

      @fara, check kat upu pun bley,pukul 12 ntgh hari satgi….

      1. beliamuda Avatar

        @Eminem, ya, betul tu.

  8. amelia Avatar
    amelia

    npe ssh sgt nk masuk U ni….sdeynye…

  9. iera Avatar
    iera

    pautan keputusan rayuan ke uni.tek.malaysia xde ke??

    1. beliamuda Avatar

      @iera, untuk UTM, pautannya ada, tetapi tidak dapat membuat semakan dan ditutup. Sila bersabar buat masa ni.

  10. yanie Avatar
    yanie

    dah cek dah kat laman web upu tp nape die kuar status keputusan permohonan ? knp tak tulis keputusan RAYUAN ? tak phm laa, kalo masuk kan num ic kat keputusan permohonan sah2 la tak dpt sbb tu waktu awal2 kene reject dlu, skg sy nak tau KEPUTUSAN RAYUAN. pelik laa ishh !!

    1. beliamuda Avatar

      @yanie, kalau anda dah masuk ke laman yang betul, dalam tu ditulis keputusan permohonan rayuan fasa 1.

      1. nana Avatar
        nana

        @beliamuda, awat xdpt bukak page SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN e-Rayuan KEMASUKAN KE IPTA( FASA 1) Lepasam SPM/Setaraf SESI AKADEMIK 2010/2011. dah tutup ke? means kne tggu julai la kan

        1. beliamuda Avatar

          @nana, sekarang ni masih lagi boleh dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge