Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk U 2010

Baru – Semakan e-Rayuan Fasa 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau UPU untuk tahun 2010 (sesi 2010/2011) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari, 1 Mei 2010.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA (UPU) Sesi 2010/2011

  1. Menghubungi talian Helpline Kementerian Pengajian Tinggi di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
  2. Semakan secara online (dalam talian) boleh dibuat dengan melayari laman web UPU MOHE, UTM atau UUM.
  3. Semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu UM, UPM, UTM, UIAM, UPSI, UiTM, Unimas, UTHM, UMT, USIM, UTEM, UMP, UNIMAP, UDM, UPNM

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Rayuan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU)

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

beliamuda: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

Untuk info terkini berkaitan UPU, biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

165 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA (UPU) 2010

  1. SAYA TENGOK KEPUTUSAN RAYUAN UPU DAPAT TAU MINGGU KETIGA JULAI…EM…..yg dapat peg mane2,bek korang peg STPM lu..sebab ada kekosongan baru dye panggil…

  2. takkan la ? lmbtnye nak tggu mggu ketiga bln julai. aduhai, so mknenya bdk2 ryuan intake bln disember la eh ? ya allah, knp la berat sgt ujian yg Kau berikan =(

  3. setahu saya keputusan rayuan upu 2010 di maklumkan pada minggu ke tiga bulan julai…ade kekosongan baru dye ambik…tu pun jika ada rezeki kiter la..AMIN…LAU takder sebarang pangilan ket kitesehingga 31 julai..maka,dikira rayuan kite gagal…

  4. sabar la kite semua….intake disamber tu,aku tak pasti la…tapi aku cari2 maklumat ngan budak uitm..katanya bukan intake 2,tapi cam masuk lewat sikit jer dripad budak2 yg daftar intake 1 tu…

  5. TENGOK ATAS SEKALI PUN ADA DLAM BLOG NI YANG MENGATAKAN MGU KE 3 BULAN JULAI… SEMUA TOLONG DOAKAN AGAR RAYUAN UPU AKU DITERIMA..AKU BUNTU SGT10000000 TLG DOAKAN SAYA (BUDAK KELANTAN)AMIN…KEPAD YG DAPAT TAWARAN,AKU UCAPKAN TAHNIAH…N HARGAI LA PLUANG YG KORANG ADER…BERSYUKURLAH KORANG TAK BERADA DI TEMPAT AKU…K,INGAT,DOAKAN AKU YER…
    K.ASSALAMUALIKUM SMUA…

  6. ble keputusan rayuan tok bdak asasi kuar ek?? law kate rayuan upu kuar bln julai, xkn lme sgt kot?? sbb bdak2 asasi dh msok dh 23 ari bln mei 2.. nnt ketinggalan jauh lak!! hhmmm… law spe2 tau, u r plz 2 ans me!!!!

  7. salam 2 u all……saya dapat uitm sabah ni……..ambik dip. of science…….nyesal x daftar asasi sains unimas….tapi …..syukr gak cuz dpt ngan besfren…..sama course lagi…btw……my fren ckp…yg rayuan ipta ni….kmungkinan lambat sebulan jak nak masuk ipta ni……cuz 2nd intake kan…..tapi ada gak yg ckp…..results dia kuar awal june…….Ntah btol or not….cuz dia direct call kementerian……apa2 pun doakan kawan saya smoga dia dapat….n 2 u all…gud lark….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge